Menggamit Kenangan Lalu, Ini 10 ‘Jajan’ Tahun 90an Kesukaan Rakyat Malaysia

Kehidupan

Menggamit Kenangan Lalu, Ini 10 ‘Jajan’ Tahun 90an Kesukaan Rakyat Malaysia

Generasi yang dilahirkan pada tahun 90an adalah genarasi yang bertuah kerana mereka mempunyai zaman kanak-kanak yang paling menyeronokkan.

Terdapat pelbagai kenangan memori yang hanya mampu dikenang kerana kebanyakkan perkara yang menjadi kesukaan kanak-kanak tahun 90an sukar untuk dicari kembali malah ada yang sudah tidak wujud lagi sekarang.

Advertisement

Antara salah satu perkara yang sering menggamit memori zaman kanak-kanak adalah snek atau jajan yang menjadi kesukaan kanak-kanak zaman 90an.

Ini 10 Jenis Jajan Tahun 90an Kesukaan Rakyat Malaysia

1. Marukawa Bubble Gum

bubblegum

Gula-gula ini mempunyai pelbagai perisa antaranya strawberi, anggur, melon dan oren. Walaupun perisanya mempunyai rasa yang samar-samar dan hanya akan dirasai kurang dari 10 saat, ia tetap menjadi sesuatu yang istimewa buat kanak-kanak tahun 90an.

2. Cadbury Bytes

bytes

Cadbury Bytes adalah jajan berbentuk bantal wafer kecil yang dipenuhi dengan coklat yang cukup lazat di dalamnya. Malangnya, pengeluaran jajan ini dihentikan pada tahun 2011 selepas Kraft Foods mengambil alih Cadbury.

3. Gula-gula Asam Boi

asamboi

Sehingga kini, gula-gula asam yang disaluti dengan madu ini masih wujud di Malaysia dan boleh didapatkan secara online, serta di kedai runcit terpilih mahupun di kaunter juruwang restoran mamak.

4. Marukawa Fusen Tatto Bubble Gum

fusen

Menurut Says, jenama Marukawa yang ditubuhkan pada tahun 1948 di Jepun telah membuat gula-gula getah ini dan membekalkannya ke negara-negara di seluruh dunia. Walaupun mereka belum menghentikan pengeluaran gula-gula getah ini, ia agak sukar untuk dicari di Malaysia pada ketika ini.

5. Se7en Eyeglass With Candy

se7en

Jajan ini ibarat coklat M&M sewaktu ketika dahulu dan telah menjadi sebati dengan kanak-kanak tahun 90an yang gemar menggunakan pembungkusan jajan ini sebagai kaca mata.

6. Super 88 Bubble Gum

super88

Super 88 adalah salah satu gula-gula getah yang cukup popular pada tahun 80-an. Pada satu ketika dahulu, harganya hanya sekitar 10 sen setiap satu dan sering dijual dalam balang besar di kaunter juruwang. Setiap paket dilengkapi dengan tiga perisa iaitu strawberi (merah), oren (oren), dan lemon (kuning).

7. Keropok Jagung Binbin

binbin

Keropok jagung Binbin ini terdapat dua perisa iaitu sama ada disaluti dengan coklat atau perasa ayam yang agak pedas. Namun, kedua perisa tersebut agak sukar untuk dicari pada ketika ini dan hanya perisa jagung sahaja yang masih boleh didapatkan di pasaran.

8. Nano-nano

nano-nano

Gula-gula keras berbentuk hati ini datang dengan perisa masam manis dan masin. Jajan ini merupakan antara jajan yang sukar untuk dilupakan oleh kanak-kanak tahun 90an sehingga sekarang dan ianya masih boleh didapat di sesetengah kedai runcit.

9. Haw Flakes

haw flakes

Gula-gula yang berbentuk duit syiling ini mempunyai rasa yang manis dan masam. Menurut Bidadari.my, Jajan ini masih boleh didapati di mana-mana kedai memandangkan ia adalah bahan utama untuk membuat kek lapis Sarawak.

10. Nini Coklat Celup

Nini

Nini coklat celup ini boleh dikatakan sebagai jajan yang agak mahal sewaktu ketika dahulu. Biskutnya yang manis dicicah pula dengan coklat yang cair pasti membuatkan kanak-kanak tidak puas makan.

Sangat menggamit memori zaman kanak-kanak! Apa lagi jajan dulu-dulu yang korang masih ingat lagi sampai sekarang? Jangan lupa kongsikan dengan kami.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

maybank
2 years ago

Tak Perlu Beratur Panjang! Ini Cara-Cara Tukar Kad MayBank 'Expired' Di Mesin Kiosk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Says

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...