Mengamuk Meja Depan Buat Bising Di Restoran, Remaja Siap Simbah Air!

Kehidupan

Mengamuk Meja Depan Buat Bising Di Restoran, Remaja Siap Simbah Air!

Suasana bising dan meriah ketika mengunjungi restoran ataupun kafe itu sudah menjadi kebiasaan, lagi-lagi jika pergi bersama rakan, pasti akan ada gelak ketawa bersama.

Bagaimanapun, pasti ada segolongan masyarakat yang mahukan suasana senyap dan merasakan suasana bising itu menganggu mereka untuk menikmati waktu berada di restoran.

Advertisement

Seperti yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila beliau sedang makan bersama rakannya di sebuah restoran sambil bergurau senda, rupanya hal itu tidak disukai oleh pelanggan yang duduk di meja belakang mereka.

Pelanggan terbabit telah menegur mereka untuk tidak berbuat bising, lalu mengambil tindakan membaling kotak tisu, botol air mineral, malah menyimbah air kearah gadis itu.

Biarpun sudah basah disimbah air, gadis terbabit masih bersabar, namun keadaan bertambah teruk apabila seorang remaja perempuan bertudung biru mula mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling cable telefon ke arah salah seorang pelanggan yang duduk di hadapan.

Ingatkan hal yang berlaku sudah selesai di restoran, bagaimanapun si pelaku sambung di kawasan parking dan meminta gadis itu untuk segera memadam video yang telah dirakam di dalam restoran.

Di ruangan komen, rata-rata netizen merasakan bergelak-ketawa di restoran itu merupakan perkara biasa dan tindakan sekumpulan remaja itu mengamuk tidak sepatutnya berlaku.

tapak
2 years ago

(VIDEO) "Tumpang Buat Cara Tumpang" - Peniaga Tepi Jalan Simen Kawasan Awam Undang Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...