Mengaku Tiada Niat Ceraikan Isteri, Talak PU Abu Tidak Sah

Hiburan

Mengaku Tiada Niat Ceraikan Isteri, Talak PU Abu Tidak Sah

Kemelut rumah tangga PU Abu dan isterinya, Ain Afini yang sebelum ini viral dan hangat diperkatakan di media sosial akhirnya menemui titik nokhtah apabila  Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini mengesahkan lafaz talak yang dibuat oleh PU Abu bertarikh 13 Mac lalu menerusi WhatsApp tidak sah.

Advertisement

Dalam sumpah yang dibuat oleh PU Abu ketika perbicaraan di mahkamah sebentar tadi, beliau mengaku tidak berniat menghantar mesej untuk menceraikan Ain.

Keadaan yang memaksanya berbuat demikian sedangkan PU Abu sehingga saat ini, masih lagi ada perasaan sayang terhadap isterinya itu.

Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini. Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya. Sejujurnya saya tidaklah berniat secara total untuk melepaskannya melainkan permintaan isteri. Saya masih sayangkan dia, saya masih mahu bersamanya dan tanggungjawab terhadap anak yang berada dalam perut isteri. Saya mengakui kesilapan kerana meninggalkan isteri. Saya mohon maaf kepada isteri, keluarga isteri. Saya tidak pernah berniat.

Sebaik sahaja mendengar keputusan mahkamah, Ain tidak dapat menahan rasa hiba dan menangis sehingga terpaksa ditenangkan oleh kedua- ibu bapa serta keluarganya.

PU Abu meninggalkan mahkamah secara berasingan manakala isterinya menaiki kenderaan yang dipandu oleh bapanya.

Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang  sedang sarat hamil anak pertama mereka kerana mahu bernikah dengan seorang wanita berstatus janda bernama Hana Azraa.

Sumber Berita : Harian Metro & Sinar Harian

Kredit Foto : Faiz Anuar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...