Mengaku Hamil Selepas Buat Ujian Kehamilan, Doktor Syak Lucinta Luna Hidap Kanser Testis

Hiburan

Mengaku Hamil Selepas Buat Ujian Kehamilan, Doktor Syak Lucinta Luna Hidap Kanser Testis

Penyanyi transgender yang pernah berduet dengan Datuk Aliff Syukri menerusi lagu Bobo Di Mana suatu ketika dahulu ini nampaknya telah menggemparkan industri hiburan Indonesia apabila dia mendakwa dirinya hamil hasil hubungan bersama teman lelaki mat salehnya.

Penyanyi Lucinta Luna telah menimbulkan persoalan banyak pihak apabila dia telah menghebahkan mengenai alat ujian kehamilan yang dilakukan ke atas dirinya telah menunjukkan tanda positif.

Advertisement

Lucinta Luna atau nama sebenarnya Muhammad Fattah ini turut mendedahkan bahawa dia kini kerap muntah-muntah dan lewat datang bulan.

Sering memuat naik perkembangan dirinya semenjak disahkan ‘hamil’ di laman sosial Instagram, seorang doktor tampil memberikan penjelasan daripada sudut biologi dan kesihatan.

Menurut Doktor tersebut, ujian kehamilan itu sebenarnya boleh mengesan hormon dalam badan wanita dan juga lelaki.

“Selamat atas kehamilannya. Sebenarnya test pack positif itu ada hubungannya dengan kenaikan hormon Beta-HCG, di mana hormon Beta-HCG juga boleh dikesan pada lelaki terutama yang mengalami beberapa penyakit, salah satunya kanser testis. Kepada lelaki yang mahu cuba buat ujian kehamilan dan hasilnya positif, perlu hati-hati..”

Dunia oh dunia..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...