Mengadu Sakit Perut, Bapa Terkelu Dapat Tahu Anak OKU Diperkosa Berkali-Kali Oleh Dua Kawan

Kehidupan

Mengadu Sakit Perut, Bapa Terkelu Dapat Tahu Anak OKU Diperkosa Berkali-Kali Oleh Dua Kawan

Kawan durjana. Itu ungkapan bagi menggambarkan situasi lelaki yang tergamak memperkosa anak rakan sendiri yang berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam.

Kejadian itu berlaku kepada mangsa, seorang gadis berusia 13 tahun dan perbuatan suspek akhirnya terbongkar baru-baru ni.

Advertisement

Berdasarkan maklumat suspek, bapa mangsa telah membawa anaknya berjumpa bidan kampung selepas mengadu sakit perut dan pinggang ketika mereka berada di kampung.

Lelaki berusia 54 tahun itu kemudian dimaklumkan oleh bidan terbabit bahawa anaknya berkemungkinan pernah melakukan hubungan seks.

Terkejut dengan hal itu, dia kemudian bertanya kepada mangsa yang akhirnya membuka mulut tentang pengalaman hitam dilaluinya di rumah mereka sendiri.

Mangsa mendakwa telah dirogol oleh dua rakan bapanya itu ketika suspek menumpang tidur di kediaman mereka terletak di Bukit Jalil.

Mangsa juga memberitahu dia dirogol beberapa kali oleh suspek ketika bapanya tiada di rumah.”

Bapa mangsa kemudian membawanya ke Balai Polis Bukit Jalil bagi membuat laporan pada Selasa lepas untuk tindakan selanjutnya.

Kata sumber, siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

7 bulan lalu

"Masuk Bilik, Raba Tubuh" - Gadis Bawah Umur Dirogol Suami Makcik Waktu Tumpang Tidur Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...