Mencari Smartphone Baru? Ini 10 Kelebihan Huawei P10 Plus

Hiburan

Mencari Smartphone Baru? Ini 10 Kelebihan Huawei P10 Plus

Pejam celik pejam celik, tahun 2017 sudah pun memasuki bulan Mei. Sungguh pantas masa berlalu. Banyak sungguh perkara yang telah Abang Nara lalui sepanjang 4 bulan di tahun 2017 ini. Antaranya anak masuk ward hospital sebab terjatuh di taman permainan sampai dahi kena jahit, eksiden kereta, dan pergi bercuti ke Korea bersama keluarga serta rakan-rakan.

huawei p10

best jugak bercuti dengan anak-anak ramai macam nie. Havoc satu Korea

Terbaru, nampak gayanya Abang Nara terpaksa beli handphone baru sebab skrin handphone sekarang sudah pun retak akibat sering menjadi mangsa balingan anak-anak tercinta. Huhuhu. Sedih memang sedih, tapi kalau tak ada handphone memang menyusahkan hidup ini. Sebelum membeli handphone baru, Abang Nara dah buat sedikit research tentang smartphone terbaik di pasaran. Taknaklah main beli sesuka hati je kan? Kaji punya kaji, kesimpulan yang Abang Nara dapat buat ialah tiada smartphone lain yang sehebat Huawei P10 Plus.

Advertisement
huawei p10 plus

Huawei P10 Plus – The Perfect 10

Huawei P10 ini dikeluarkan dalam 3 variasi iaitu P10, P10 Lite dan P10 Plus. Sudah tentu yang paling hebat adalah Huawei P10 Plus. Kaji punya kaji Huawei P10 plus ini, Abang Nara telah temui 10 kelebihannya yang membuatkan ia berbaloi-berbaloi dibeli berbanding smartphone lain.

huawei p10 plus

cantiknya warna pilihan Huawei P10 Plus nie


1. Sistem dwi-kamera yang sangat superb

huawei p10 plus

Selaku seorang yang banyak mengambil gambar, kamera yang bagus adalah salah satu ciri penting bagi Abang Nara. Kamera Huawei P10 Plus bukan sahaja bagus, tetapi adalah yang terbaik di antara semua smartphone yang ada di pasaran sekarang. Selain sistem dwi kameranya yang dijana dengan lensa Leica, kehadiran sensor monokrom 20MP dan sensor RGB 12MP serta teknologi sistem penstabilan imej Optical Image Stabilization (OIS) yang digunakan memastikan setiap keping gambar yang diambl adalah super duper awesome. Tak kira ambil gambar waktu malam ke, waktu siang ke, cahaya ada ke, cahaya tak cukup ke, selfie ke gambar pemandangan ke, anda pasti akan takjub dengan kualiti gambar Huawei P10 Plus. Tak caya? Meh sini Abang Nara kongsikan beberapa keping gambar yang diambil ketika Anugerah Meletop Era menggunakan Huawei P10 Plus.
huawei p10 plus

huawei p10 plus

huawei p10 plus

huawei p10 plus

Memang puas hati dan cantik sangat-sangat kan? Kualiti gambar yang dibidik menerusi kamera Huawei P10 Plus memang superb. Waktu malam pun gambar cantik tak ada masalah. Power sungguh. Tak sabar rasanya nak menggunakan Huawei P10 Plus untuk mengambil gambar keluarga tercinta. Mesti comel-comel gambar anak Abang Nara nanti. Nanti ada masa Abang Nara nak cuba pelbagai lagi “mode” yang tersedia ada di dalam Huawei P10 Plus.

2.Ada teknologi Huawei Super Charge
huawei p10 plus

Satu perkara yang paling annoying ketika menggunakan handphone sebelum ini ialah masa untuk charge bateri adalah terlalu lama. Kena tunggu dekat 2 jam baru dapat bater full. Dengan Huawei P10 Plus, ini bukan lagi satu masalah. Teknologi Huawei Super Charge yang digunakan membolehkan bateri Huawei P10 Plus dicharge sehingga 53% dalam masa setengah jam sahaja. Tak payah nak bazir masa lama-lama tunggu. Awesome sungguh.

3. Software yang laju

huawei p10 plus

Satu lagi perkara penting yang Abang Nara cari pada smartphone ialah kelajuan menggunakannya. Taknaklah nak bukak satu apps pun kena tunggu seminit. Lepas tue taknaklah asyik “hang” je. Tak pun tetiba restart sendiri. Huawei P10 Plus dengan software Android 7.0 Nougat dan Huawei’s EMUI 5.1 dan prosessor 2.4GHz lapan teras memberikan bukan sahaja kepantasan, malah membolehkan ia belajar tentang kegemaran, kesukaan dan juga perkara yang sering dilakukan oleh pemiliknya. Kira macam ada robot AI lah kat tangan kita nie. Power kan?

4.Ada warna feveret Abang Nara

huawei p10 plus

Pertama kali memandang Huawei P10 Plus berwarna biru ini, memang Abang Nara terus jatuh cinta dibuatnya. Cantik sangat-sangat kot. Untuk makluiman, warna biru adalah warna feveret Abang Nara. Selain biru, Huawei P10 Plus juga didatangkan dengan warna hijau untuk pasaran Malaysia. Jadi sesiapa yang suka warna hijau tue silalah beli Huawei P10 Plus sekarang jugak.

huawei p10 plus

5.Design yang simple, elegan dan selesa dipegang

Saiz Huawei P10 Plus ini tak besar sangat dan tak kecil sangat. Memang sedap-sedap tangan memegang. Selesa yang amat. Paling best ialah walaupun ada dwi-kamera, rekaan Huawei P10 Plus adalah rata tanpa sebarang bonjolan seperti smarpthone-smartphone lain. Orang kata sekali pegang confirm terus jatuh cinta.

6.Bateri yang tahan lama
Berdasarkan pembacaan Abang Nara, Huawei P10 Plus boleh bertahan selama 9 jam 21 minit untuk penggunaan sepanjang hari sekiranya telah dicharge sepenuhnya. Maksudnya sehari charge sekali dah cukup dah. Tak payah nak bawak powerbank. Lepas tue kalau rasa nak jimatkan lagi bateri, Huawei turut menyediakan aplikasi pengurusan tenaga pada tetapan bateri yang mana membolehkan pengguna mengubah tahap penggunaan kuasa pada peranti.

7.Skrin yang sangat clear dan besar

Skrin pada Huawei P10 Plus adalah 5.5 inci dan ia adalah cukup besar untuk kita melihat semua benda tanpa perlu terkebil-kebil mata. Ditambah pula dengan penggunaan panel IPS NEO-LCD, kualiti warna, gambar, video dan segala apa yang anda perhatikan di skrin Huawei P10 adalah sangat menyerlah, tajam dan berkualiti tinggi. Puas hati layan movie, main game dan sebagainya.

8. Kamera selfie terbaik

huawei p10 plus

senang dan best gila selfie dengan Huawei P10 Plus nie. Kualiti gambar tip-top

Kalau anda seorang yang gilakan selfie, Huawei P10 Plus adalah smartphone terbaik buat anda. Sebabnya kamera depan Huawei P10 Plus turut sama dilengkapi dengan lensa Leica. Ia akan menangkap 2 kali lebih banyak cahaya, siang ke malam selfie tetap cun melecun dan paling best, akan bertukar kepada wide angle secara automatik kalau anda selfie beramai-ramai. Confirm lepas ini makin ramai peminat anda di Instagram selepas berselfie menggunakan Huawei P10.


9.Menggunakan Corning Gorilla Glass 5 

huawei p10 plus

baca BeautifulNara 4 jam sehari pun tak ada masalah sebab warna cantik sangat di skrin Huawei P10 Plus

Selain daripada warna, keterangan dan ketajaman video serta gambar yang dilihat di skrin Huawei P10 Plus, penggunaan Corning Gorilla Glass 5 padanya amat sesuai untuk mereka yang masih mempunyai anak kecil seperti Abang Nara. Ketahanan Corning Gorilla Glass 5 menyukarkan skrin untuk retak atau pecah apabila Huawei P10 Plus anda dibaling oleh anak-anak. Tak adalah risau sangat bila kita bagi anak main handphone kan? Ini satu kelebihan yang amat bagus dan amat sesuai bagi Abang Nara.

10. Harga yang amat berbaloi-baloi

Harga Huawei P10 Plus adalah yang paling best dan paling awesome bagi Abang Nara. Walaupun dengan pelbagai kelebihan, harganya sangat-sangat berbaloi benda dengan smartphone lain.

Huawei P10: RM2,499
Huawei P10 Lite: RM1,299
Huawei P10 Plus: RM3,099

Kalau anda merupakan pemilik Huawei P10/P10 Plus, meh kongsikan gambar-gambar yang telah anda tangkap di ruangan komen. Bolehlah pembaca BeautifulNara melihat sendiri kehebatan mutu gambar Huawei P10. Untuk maklumat lanjut layari laman web Huawei.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...