Sejak minggu lalu demam ‘Keke Challenge’ yang popular menerusi lagu In My Feelings nyanyian Drake sudah mula trending di Malaysia, ramai juga selebriti tempatan yang melakukan cabaran tersebut.
Namun, bukan semua pihak yang terhibur dengan video tarian tersebut, baru-baru ini pelakon Adam Shahz berpendapat selebriti tidak seharusnya terikut-ikut dengan tarian tersebut dan harus menjadi contoh yang baik.
Kenyataan Adam itu seakan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak apabila pada masa yang sama, bekas isterinya, Fatin Afeefa dilihat seakan menemplak Adam dan memuat naik kenyataan berkaitan nafkah anak.
Tidak mahu berdiam diri sahaja, Adam menjelaskan beliau tidak pernah mengabaikan nafkah anaknya. Adam juga merasa hairan kenapa ada pihak ingin terasa sedangkan teguran yang dibuat berkenaan ‘Keke Challenge’ adalah secara umum.
Kalau baca teguran Adam, memang ia tidak ditujukan kepada sesiapa. Fatin sejujurnya tidak perlulah cepat melatah dan membangkitkan pula isu lain. Bak kata pepatah siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.