Menangi Pass Masuk Bermusim & Cenderahati Eksklusif Filem “Insidious : The Last Key”

Hiburan

Menangi Pass Masuk Bermusim & Cenderahati Eksklusif Filem “Insidious : The Last Key”

Bagi penggemar filem seram, Insidious : The Last Key pasti menarik perhatian anda. Dari trailer yang dikeluarkan, akan membuatkan anda rasa terpanggil untuk menjejakkan kaki ke pawagam. Sebuah filem mistik penuh dengan aksi yang mendebarkan serta bakal membuatkan para penonton ternanti-nanti babak demi babak yang ditayangkan.

Advertisement

Insidious: The Last Key, merupakan filem seram mistik ghaib yang diarahkan oleh Adam Robitel dan skrip ditulis oleh Leigh Whannell. Filem ini merupakan siri keempat dimana Insidious pertama kali diterbitkan pada tahun 2010, diikuti Insidious Chapter 2 dan Chapter 3 pada 2015. Dibintangi oleh Lin Shaye, Angus Sampson, Leigh Whannell, Josh Stewart, dan Caitlin Gerard.

Jalan cerita bagi Insidious kali ini bakal memaparkan situasi dimana pelakon Lin Shaye sebagai Dr.Elise Rainier, seorang ahli parapsikologi secara peribadi berjaya menghadapi kebenciannya yang paling menakutkan di rumah keluarganya sendiri.

Situasi bermula apabila Elise Rainier dan pasukannya pergi ke Five Keys, untuk menyiasat dakwaan seorang lelaki yang rumahnya berhantu. Tidak lama kemudian hantu-hantu itu mula mengganas dan menyerang apabila Rainier menyedari bahawa rumah yang didiami oleh lelaki itu adalah rumah lama keluarganya.

Dan disinilah bermulanya usaha Elise Rainier untuk mencari lelaki jahat yang menghantuinya. Filem ini merupakan sebuah cerita yang sangat menarik dan penuh dengan aksi mendebarkan. Malah anda pasti tidak akan pernah terbayangkan babak-babak menyeramkan yang bakal muncul dalam filem ini.

Sungguh menakutkan Insidious: The Last Key ini!

Jadi bersiap sedialah untuk mengalami mimpi-mimpi ngeri setelah menonton filem ini nanti yang bakal menemui para peminat genre seram di pawagam seluruh negara pada 4 Januari 2018 akan datang.

Khas untuk pembaca BeautifulNara, kami mempunyai 10 pasang pass masuk bermusim untuk diberikan secara percuma. Selain pass masuk, anda juga berpeluang memenangi beberapa cenderahati eksklusif dari filem Insidious ini!

Macam mana nak menang pass masuk bermusim dan cenderahati eksklusif ini? Anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Saya tak sabar nak menonton filem ini kerana…”

Slogan yang paling kreatif dan menarik akan dipilih sebagai pemenang. Sila cepat sebelum terlambat.

Pemenang akan dimaklumkan menerusi email. Terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia atas tawaran dan hadiah yang menarik ini. Selamat mencuba.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...