Menangi 60 Pasang Tiket Eksklusif Filem “Guardians Of The Tomb”

Hiburan

Menangi 60 Pasang Tiket Eksklusif Filem “Guardians Of The Tomb”

Bagi anda yang meminati filem yang berunsurkan aksi dan sains-fiksyen, “Guardians Of The Tomb” mungkin bakal membuatkan anda tidak senang duduk sepanjang tayangan filem ini berlangsung.

Advertisement

Filem yang penuh dengan aksi mendebarkan serta mengujakan ini mengisahkan mengenai sekumpulan saintis sedang melakukan penyelidikan melibatkan seorang mumia maharaja dari abad 200 sebelum masihi yang dipelihara dengan baik.

Namun di sebalik kerancakan mereka menyelidik mengenai mumia tersebut, mereka mengalami pengalaman yang mengerikan apabila kehilangan rakan sekerja mereka ketika penyelidikan itu.

Mimpi buruk dari 2000 tahun yang lalu kini menghantui mereka di mana mereka terpaksa berjuang untuk menyelamatkan diri masing-masing serta rakan mereka. Sepanjang proses menyelamatkan diri,mereka menemui satu lubuk  di mana dihuni oleh sekumpulan labah-labah yang juga menjadi pemakan manusia ketika itu.

Filem yang bakal membuatkan anda berdebar setiap detik dan babak yang bakal dimainkan ini dibintangi oleh bintang tersohor iaitu Li Bingbing sebagai Jia , Kellan Lutz sebagai Ridley , Wu Chun sebagai Luke ,Kelsey Grammer sebagai Mason , Stef Dawson sebagai Milly Piper , Shane Jacobson sebagai Gary, Ryan Johnson sebagai Ethan dan Jason Chong sebagai Chen Xu.

Guardians Of The Tomb arahan Kimble Rendall ini bakal menemui peminat di pawagam berdekatan pada 1 Februari 2018 ini dan apa yang lebih menarik lagi, bintang terkenal kelahiran Brunei Darussalam iaitu Wu Chun akan turun menemui peminatnya pada 29 Januari 2018 bagi mempromosikan filem terbarunya ini di One Utama jam 8 malam.

Jadi bagi anda yang sudah lama meminati lakonan Wu Chun, jangan lupa untuk hadir bersama-sama di LG Oval, 1 Utama Shopping Centre dan menonton wayang bersama-sama Wu Chun di  TGV Cinemas.

Khas untuk pembaca BeautifulNara, kami ada 60 pasang tiket filem ini untuk diberikan kepada anda. Terima kasih kepada TGV Pictures kerana sudi memberikan tiket-tiket eksklusif ini kepada anda semua.

TARIKH : 29 Januari 2018 (ISNIN)
MASA : 9:00 MALAM
TEMPAT : TGV Cinemas 1 Utama

Macam mana nak dapatkan tiket-tiket eksklusif ini? Anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Saya tak sabar nak menonton filem ini kerana..”

Siap sedia mental dan fizikal anda sebelum menonton filem aksi ini kerana setiap babak yang bakal dimainkan akan membuatkan anda tak senang duduk!

Selamat menonton!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...