Menangi 60 Pasang Tiket & Barangan Ekslusif Filem “The Equalizer 2” Lakonan Hebat Denzel Washington

Hiburan

Menangi 60 Pasang Tiket & Barangan Ekslusif Filem “The Equalizer 2” Lakonan Hebat Denzel Washington

Denzel Washington adalah salah seorang pelakon Hollywood kegemaran Abang Nara. Hampir kesemua filemnya sudah Abang Nara tonton dan salah satu filem feveret Abang Nara ialah The Equalizer. Filem tersebut memang penuh aksi, kecekapan dan menyerlahkan kehebatan lakonan Denzel Washington.

image

penuh ketenangan wajah Denzel Washington membelasah orang jahat di dalam filem The Equalizer

Bayangkanlah betapa gembiranya diri ini apabila mengetahui Denzel Washington akan kembali beraksi di dalam sambungan filem tersebut yang diberi judul “The Equalizer 2”. Buat anda yang tidak tahu, di dalam The Equalizer, Denzel memegang watak “Robert McCall”, seorang bekas ejen CIA yang inginkan kehidupan tenang selepas bersara. Namun masalah yang telah menimpa seorang gadis telah memaksanya menggunakan kehebatan yang ada untuk membantu gadis tersebut. Kini di dalam The Equalizer 2, Denzel kembali beraksi untuk membalas dendam atas kematian kawan baiknya, Susan Plummer.

Advertisement

image

Bakal ditayangkan di Malaysia pada 30 Ogos ini, Abang Nara mempunyai 60 pasang tiket dan barangan ekslusif filem The Equalizer 2 ini untuk diberikan khas buat anda semua. Diingatkan bahawa filem ini adalah untuk tontonan mereka yang berusia 18 tahun ke atas. Berikut adalah informasi tayangan ekslusif “The Equalizer 2” dengan kerjasama Sony Pictures Entertaiment Malaysia.

Tarikh: 28 Ogos 2018
Masa: 8.30 malam
Tempat: TGV 1 Utama

Selain daripada tiket menonton filem The Equalizer 2, anda juga berpeluang untuk membawa peluang cenderahati di bawah:-

image

imageUntuk menonton filem The Equalizer 2 ini, isikan borang di bawah dan lengkapkan slogan “Filem kegemaran saya yang dilakonkan oleh Denzel Washington ialah”. Suka hati koranglah nak tulis berapa panjang. Yang paling kreatif dan pantas akan berpeluang memenangi tiket dan barangan ekslusif filem The Equalizer 2 ini.

Untuk menambahkan keterujaan anda, filem The Equalizer 2 ini diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Antoine Fuqua. Jadi sudah pasti filem ini akan ada kesinambungannya serta lebih hebat berbanding filem sebelum ini.

Antoine Fuqua juga turut dikenali menerusi filem Training Day yang telah menobatkan Denzel Washington sebagai pelakon terbaik di dalam Anugerah Oscar 2002.

Confirm gabungan mereka untuk yang kesekian kali ini akan memberikan para penonton satu filem yang awesome, mantap dan penuh aksi!!!

Selamat mencuba dan selamat menonton. Jangan lupa LIKE Facebook Sony Pictures Entertaiment Malaysia sebagai tanda terima kasih atas tiket dan barangan ekslusif The Equalizer 2 ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...