Menangi 5 Pasang Tiket Ke EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2012

Hiburan

Menangi 5 Pasang Tiket Ke EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2012

Teringin nak jumpa selebriti-selebriti popular seperti Zizan, Nazim Othman, Nabila Huda, Fouziah Gous, Diana Danielle dan Elfira Loy? Sebagai pembaca BeautifulNara, anda ada peluang untuk bertemu selebriti-selebriti ini dan ramai lagi yang akan turun memeriahkan majlis EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2012.

eh 20 yang anggun

Advertisement

Abang Nara ada 5 pasang tiket untuk diberikan kepada pembaca BeautifulNara yang bertuah. Untuk makluman, majlis ini akan diadakan pada Sabtu (24 November) ini bermula jam 7 malam di The Pool, Ampang. Cara untuk memenangi tiket ini sangat mudah. Anda hanya perlu lengkapkan ayat ini “Saya ingin bertemu dengan ________(nama selebriti pilihan) di EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2012 kerana …...“. Suka hati koranglah nak buat karangan panjang mana.

eh 20 yang anggun

Pastikan slogan anda kelakar, menarik, kebabom dan hantarkannya ke [email protected]. 5 penghantar yang terbaik akan dipilih. Setiap pemenang boleh bawak sorang lagi kawan/pakwe/awek/mak/ayah/makcik/sepupu ke majlis EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2012. Jangan lupa sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk proses pengambilan tiket kelak.

eh 20 yang anggun

Berikut ialah senarai penuh selebriti-selebriti yang akan hadir untuk memudahkan anda membuat slogan. Aliff Aziz, Dayang Nurfaizah, Diana Danielle, Elfira Loy, Fahrin Ahmad, Fathia Latiff, Fouziah Gous, Hafiz, Iedil Putra, Intan Ladyana, Marsha, Misha Omar, Mizz Nina, Nabil, Nabila Huda, Nadiya Nissa, Nazim Othman, Pekin Ibrahim, Ryzal Jaafar dan Zizan Razak. Tunggu apa lagi? Join sekarang jugak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...