Menangi 30 Pasang Tiket Ekslusif Filem The Nut Job 2: Nutty by Nature

Hiburan

Menangi 30 Pasang Tiket Ekslusif Filem The Nut Job 2: Nutty by Nature

Abang Nara excited sungguh nak menonton filem animasi The Nut Job 2: Nutty by Nature ini. Salah satu sebabnya adalah ada kemunculan istimewa Jackie Chan yang membawa watak Mr. Feng. Selain itu, filem The Nut Job yang pertama memang sangat melucukan, penuh mesej dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Jadi sudah tentu The Nut Job 2: Nutty by Nature ini akan lebih meletup dan awesome.
the nut
Bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 10 Ogos ini, The Nut Job 2: Nutty by Nature mengisahkan usaha Surly dan kawan-kawannya untuk menghalang datuk bandar Oakton City membina sebuah taman tema permainan di tempat tinggal mereka. Kali ini, mereka akan dibantu oleh Mr. Feng, seekor tikus yang dilakonkan oleh Jackie Chan. Filem ini turut dibintangi oleh Will Arnett, Katherine Heigl, Maya Rudolph dan ramai lagi.


Khas untuk pembaca BeautifulNara, Abang Nara ada 30 pasang tiket filem ini untuk diberikan kepada semua. Terima kasih kepada TGV Cinemas kerana sudi memberikan tiket-tiket ekslusif ini kepada anda semua. Anda akan dapat menonton filem ini sebelum ia ditayangkan di Malaysia. Best kan? Berikut adalah maklumat lanjut tentang tayangan ekslusif The Nut Job 2: Nutty by Nature ini:

Advertisement

TARIKH: 8 OGOS 2017
TEMPAT: TGV Cinemas 1 Utama
MASA: 9 MALAM

the nut
Senang je cara-cara nak mendapatkan tiket-tiket ekslusif ini. Anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Salah satu cara saya nak selamatkan tempat tinggal saya daripada ditukar menjadi taman tema ialah…”. Penyertaan yang paling pantas dan kreatif anda dipilih sebagai pemenang dan akan dihubungi menerusi email.

the nut
the nut

Terima kasih sekali lagi kepada TGV Cinemas atas tiket-tiket ekslusif filem The Nut Job 2: Nutty by Nature. Selamat mencuba dan selamat menonton!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...