Menang Couple MeleTOP Tetapi Tidak Hadir AME 2019, FattZura Dianggap Tidak Hargai Peminat

Hiburan

Menang Couple MeleTOP Tetapi Tidak Hadir AME 2019, FattZura Dianggap Tidak Hargai Peminat

Nampaknya, pasangan sensasi, Fattah Amin dan Fazura masih lagi hangat dan disukai ramai apabila mereka berjaya mengungguli anugerah Couple MeleTOP pada malam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) yang berlangsung semalam.

Advertisement

Bagaimanapun, ketidakhadiran pasangan ini pada malam AME 2019 dipersoalkan oleh netizen sehingga timbul pelbagai spekulasi termasuklah mengaitkan kembali isu tidak mahu bertemu dengan hos program tersebut Neelofa.

Rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa bengang dan menganggap  pasangan tersebut seakan tidak menghargai segala sokongan peminat yang selama ini bertungkus-lumus mengundi mereka. Apa salahnya untuk bersikap profesional dan hadir di AME 2019 sebagai tanda penghargaan buat peminat atas kemenangan yang diraih?

Pelbagai juga kritikan yang dilemparkan kepada Fattah dan Fazura, namun kita fikir positif sahaja. Mungkin mereka sibuk dengan kerja? Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...