Menang Bukan Kerana Kontroversi Tapi Kerja Keras – Mira Filzah

Hiburan

Menang Bukan Kerana Kontroversi Tapi Kerja Keras – Mira Filzah

Pelakon cantik manis, Mira Filzah menang besar di malam ABPBH 32 Ahad lalu. Bukan sahaja dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, dia juga berjaya merangkul tiga anugerah lain iaitu Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi TV Popular bersama Remy Ishak menerusi drama Pujaan Hati Kanda.

mira filzah bintang paling popular

Advertisement

Mira berkata, kontroversi bukanlah penyumbang kepada kemenangannya itu tetapi kerja keras. Menurut Mira, dia percaya peminat kini semakin bersikap rasional dan lebih memilih serta menilai kepada hasil kerjanya berbanding kontroversi dalam membuat undian.

Mira tidak rasa kontroversi menjadi faktor utama kemenangan pada malam ini. Kalau ada pun kontroversi, produk yang Mira berikan lebih menyerlah dan mengaburi cerita sensasi yang ada.

mira filzah

Kebetulan ketika proses undian, drama Sweet Dreams disiarkan, jadi ia memberi impak terhadap populariti Mira.

Kebiasaannya selepas memenangi anugerah, kebanyakan selebriti akan mula menaikkan nilai harga untuk melakukan sesuatu projek tetapi pada Mira harga bukanlah segala-galanya dan lebih mementingkan kualiti kerja.

mira filzah kontroversi

Bagi Mira, kualiti perlu sering dengan populariti. Harga bukan segala-galanya. Mira masih sama.

Terdahulu, Mira dihimpit beberapa kontroversi termasuklah gosip percintaan dengan Zizan Razak serta Remy Ishak. Malah, Mira pernah dikritik menggayakan pakaian terlalu ketat dan tudung semakin singkat yang tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita berhijab.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Instagram Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...