October 8th, 2018

Memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Wanita Popular, pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura mengakui ia adalah kenangan paling manis untuk mereka suami isteri.

Seperti yang anda semua tahu, menerusi drama Hero Seorang Cinderella, mereka mula berkenalan sehingga berputiknya bibit cinta dan seterusnya ke jenjang pelamin.

Advertisement

Hero Seorang Cinderella banyak memberikan kenangan manis kerana kami bertemu di lokasi drama itu, bercinta dan seterusnya berkahwin. Malam ini, kami menang pula anugerah utama bersama, selain Pasangan Serasi Drama menerusi drama itu. Ia memang kenangan paling manis dan melakar sejarah tersendiri buat kami.

Fazura pada masa yang sama, turut mengucapkan rasa syukur tidak terhingga kepada peminat yang menyokong mereka suami isteri.

Melihat kesungguhan peminat yang mengundi siang dan malam, saya sangat terharu. Menang atau kalah, bukan persoalan. Mereka adalah kekuatan saya.

Fattah dan Fazura turut menang dalam kategori online iaitu Pasangan Serasi Drama menerusi drama Hero Seorang Cinderella.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Berita Harian & Halimaton Saadiah Sulaiman

Advertisement

64 responses to “Menang Anugerah Bersama Kenangan Paling Manis – FattZura”

  1. Anonymous says:

    Kepada semua director film or drama,pls bagi skrip yg bagus kat fatta-fazura,am sure these couples can do more better or ambi je cerita cerita novel,congrsts to both king and queen of hero seorg cindrella,semoga maju jaya in ur next project-cant wait to watch for ur next drama.memang meletop-letop .

  2. haliabawang says:

    tahniah, fattzura..rezeki mereka. berlakon2 la berbanyak, terus maju, timngkatkan lagi skill berlakon, jadi yang terbaik, terus terbang tinggi, 10 orang benci, sejuta lagi sayang korang…

  3. dalita says:

    kata tak hadap, tapi kata risau pulak, pelik hahaha…lantakla diaorg pun dah bahagia..Lofa pun akan bahagia jugak kan…dengan Lofanas puleks..

  4. makcik ko says:

    siapalah yg BODOH sgt ckp lofa xde sbb nk elak 2 ekor sendu tua ni..hello ko igt lofa hadap ke diaorg ni..level dia dh jauh tggi…beriya peminat fattzura ni megutuk lofa skali rezeki dia makin bertambah….yg aku tau si 2 ekor ni yg suka ngelak lofa..yelaaaa fakezura risau laki terp[ikat blk kt kekasih lama

Loading...