Sebelum ini, pelakon dan penyampai radio Zulin Aziz mengakui hatinya sudah dimiliki dan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli politik Indonesia. Sudah rancak membuat persiapan perkahwinan termasuklah mencipta lagu khas untuk mereka berdua, perancangannya untuk berkahwin bagaimanapun tidak kesampaian apabila hubungan beliau dan jejaka tersebut terputus di tengah jalan.
Ada pula yang mendakwa ia adalah salah satu cara Zulin untuk meraih publisiti murahan.
Walaubagaimanapun, Zulin menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik satu luahan hati serta penjelasan panjang lebar tentang perkahwinannya yang tidak jadi itu. Namun, punca mereka berpisah terlalu peribadi untuk dikongsikan.
Manusia hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya. Memang pahit untuk ditelan tetapi harapnya Zulin kekal tabah. Mungkin ada jodoh yang lebih baik buat anda nanti. InshaAllah.