“Memang Kita Banyak Masa Pun..” – Ramai Berang Berjam Beratur Nak ‘Renew’ Pasport Di Jalan Duta

Kehidupan

“Memang Kita Banyak Masa Pun..” – Ramai Berang Berjam Beratur Nak ‘Renew’ Pasport Di Jalan Duta

Siapa saja yang tidak akan hilang kesabaran apabila kena beratur panjang serta berjam-jam perlu menunggu hanya kerana mahu memperbaharui pasport dan hal itu terjadi baru-baru ini di Pejabat Imigresen di Jalan Duta.

Situasi tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter melalui satu video yang dimuat naiknya. Video berdurasi 22 saat itu memaparkan orang ramai sedang beratur memenuhi di luar pejabat berkenaan.

Advertisement

Difahamkan, orang ramai telah menunggu selama berjam-jam untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembaharuan pasport secara online biarpun sudah tiba di pejabat Imigresen itu sejak pukul 7.50 pagi.

Tambahan lagi, panjang orang ramai beratur di luar pejabat itu kira-kira dalam 400 meter daripada pintu masuk kompleks tersebut.

komen twitter

Difahamkan juga, anggota imigresen yang bertugas ketika itu tidak dapat memaklumkan kepada orang ramai berkenaan kehabisan nombor giliran sehinggalah mereka tiba di hadapan pintu masuk kawasan imigresen itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Shuk sahar
2 years ago

'Ex' Sedia Jadi Pengganti, Netizen Sokong Lelaki 'Rampas' Balik Sera Dari Shuk Sahar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...