Cerita mengenai perkhidmatan video ucapan selamat hari lahir berharga RM 50, bebarapa jam lepas Janna Nick telah memuat naik mengenai satu lagi perkhidmatan iaitu perkhidmatan ‘Kejutan Hari Lahir’ selama 10 minit yang berharga RM 4500.
Nampaknya kritikan yang diterima tidak melemahkan semangan Janna sebaliknya dia muncul dengan perkhidmatan baru.
Contoh perkhidmatan yang diberikan turut dimuat naik ke Instagram Janna.
Perkhidmatan itu mendapat perhatian Netizen yang memberi banyak komen kelakar.
Janna Nick sebelum ini dikatakan terdesak dan tiada job apabila memuat naik mengenai servis video ucapan hari lahir buat peminat di Instagram.
Setelah memuat naik video itu , Janna telah membuat 10 video ucapan hari lahir buat pelanggannya, bermakna dia menerima bayaran sebanyak RM 500 malam itu juga. – beautifulnara.com