December 4th, 2018

Tindakan penyanyi Datin Alyah yang didakwa sengaja ingin aibkan suaminya dengan meninggalkan komen berbaur sindiran menimbulkan pelbagai spekulasi termasuklah mengenai status rumah tangganya bersama Datuk Ramli MS.

Adakah mereka mempunyai masalah sehingga Alyah pernah memuat naik kenyataan tidak mahu hidup dalam kepura-puraan lagi.

Tidak mahu isu lebih besar timbul, Alyah menjelaskan niat asal beliau memberikan komen tersebut hanya sekadar gurauan semata-mata. Namun, komen seorang wanita yang membuat tuduhan terhadap dirinya membuatkan Alyah ‘naik hantu’ dan akhirnya tercetus perbalahan.

Sejujurnya, kami memang ada isu sedikit dan komen saya itu asalnya hanya bergurau tetapi bila ada satu komen balas daripada seorang wanita tidak dikenali membuatkan ia jadi berpanjangan dan saya hilang sabar.

Dia tak tahu apa-apa tetapi sibuk nak komen dalam tu. Dia nasihatkan kita, bila kita nasihat dia, dia bising pula. Dia masuk ruangan kita kemudian lemparkan kata-kata hinaan. Saya balas komen dia empat kali sahaja tapi dia terus memanjangkan komen dan berterusan tag nama saya di situ.

Jika diikutkan kata hati, Alyah sudah mahu mengambil tindakan menyaman wanita berkenaan tetapi merasa kasihan saat mengetahui wanita itu sebenarnya seorang ibu tunggal.

Menjawab perihal rumah tangganya, Alyah memberitahu beliau masih lagi bersama Ramli MS cuma enggan lagi bercerita lebih lanjut mengenainya.

Sumber Berita : mStar Online


22 responses to “Memang Ada Sedikit Isu Tetapi Masih Bersama Ramli MS – Alyah”

  1. peminat ke???? says:

    yg si alyah post psl laki dia tu satu hal… yg peliknya individu yg beria sgt bg komen smpai nak doakan org masuk neraka..hbs yg dia doa buruk2 kt org tu kompem masuk syurga ke?? pastu persoal plak kenapa tok ram boleh kawin ngan alyah… tak ke bodoh namanya persoalkan perjalanan jodoh org?? konon nk bg nasihat sbb adore sgt, tp gaya bg nasihat tu mcm dh lama benci & dendam dgn si alyah

    • Anonymous says:

      to : peminat ke????
      says:
      December 4, 2018 at 12:21 pm

      dia type komen … “aku doakan kau tak masok neraka, alyah”
      bila plk dia doakan alyah masuk neraka??

    • peminat ke???? says:

      to: anonnymous
      December 4, 2018 at 3.07

      mmg dia x terang2 doakan alyah masuk neraka, tp kalau kau cuba pahamkan ironinya ayat dia tu, mmg maksudnya mcm tu..dia siapa sampai nak keluarkan kata2 kesat mcm tu?

      tgk dia typed “jangan sampai suami muak dgn perangai jelik kita”

      ayat kemain lg… siapa2 pon kalau dgr ayat mcm ni mmg bileh panas hati walaupun kononnya “nasihat”

  2. damai says:

    wpun bgm keadaan mcm mana sekali pun, jgn sekali aibkan pasangan masing2, kalau x ada kefahaman, cuba cari puncanya, dah mmg btl x tahan, cerai cara baik, buat seperti erra fazira, both perceraian dia x pernah mentioned apa sebabnya dan dia x pernah aibkan sekali pun bekas2 suami dia, jgn sikit2 post kat social media, dah post lepas tu org kecam cakap jgn menyibuk, gurau lah, mcm Dato aliff, sikit2 post lepas org kutuk tahu marah, untuk social media blh tapi berpada2 lah apa yg dipost

  3. Anonymous says:

    Terlajak perahu..boleh ditarik balik..
    Sah2 kau ada masaalah..mana ada gurauan macm tu…aibkan laki..lepas tu nk salahkan org lain pulak..lain kali pikir dulu sblum berkata2

  4. Anonymous says:

    risau tgk penampilan dia ni.
    nak kata minah lebanon…melayu.
    nak kata kafir, so far setahu aku dia ni islam somemore.
    tapii tang kuku..make up..tudung..alahai!

  5. Anonymous says:

    Erm kau nak saman dia atas dasar apa? Sebab dia tagged kau banyak kali dalam ig? Sebab dia nasihatkan kau? Lol!

Loading...