Maya Karin Bengang Makanan Untuk Gelandangan Bertimbun Di Tepi Jalan Kerana Terlalu Banyak

Hiburan

Maya Karin Bengang Makanan Untuk Gelandangan Bertimbun Di Tepi Jalan Kerana Terlalu Banyak

Sejak kebelakangan ini, Maya Karin sering menggunakan platformnya untuk membangkitkan isu mengenai alam sekitar. Terbaru, Maya membidas sesetengah pihak yang bertindak mengedarkan makanan kepada gelandangan tanpa sinkronisasi dengan badan bukan kerajaan sedia ada menyebabkan lebihan makanan yang akhirnya terbuang begitu saja.

Advertisement

Ini pembaziran yang nyata. Tukang masak bazir masa, penderma bazir duit, pengeluaran karbon untuk menghasilkan makanan kemudian angkut makanan dari ladang ke dapur kemudian gelandangan , semuanya tidak diperlukan, makanan berharga terbazir begitu saja dan lebih plastik di muka bumi tanpa sebab!

Maya memberi komen sebegitu susulan pendedahan Syed Azmi di Facebook mengenai lambakan makanan bungkus yang setelah gagal diedarkan, dibiarkan saja di tepi jalan dan menyebabkan pembaziran.

Ia dikenal pasti dilakukan oleh kumpulan kebajikan yang menjalankan pengedaran makanan secara sementara. Mungkin kerana bulan Ramadan, mereka tiba-tiba ingin berbuat kebaikan namun sebenarnya menyebabkan pembaziran kerana jumlah gelandangan lebih sedikit dari makanan yang diedarkan juga oleh kumpulan lain yang konsisten sepanjang tahun.



Ada di antara sukarelawan tersebut dikatakan memilih untuk mengedarkan makanan di Kuala Lumpur kerana ia lebih glamor.


Ada yang mencadangkan makanan-makanan percuma diedarkan kepada pelajar memandangkan mereka kelaparan dan ramai di antara mereka mengalami masalah kewangan dan terpaksa berjimat cermat.


Apa pun, satu tindakan bersepadu perlu dilaksanakan untuk menangani masalah ini yang dihadapi saban tahun. Mungkin juga makanan boleh diedarkan ke rumah anak yatim atau rumah orang tua untuk membantu meringankan beban kewangan pusat jagaan. Apa kata anda? – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...