Mawar Terpaksa Pulang Pada Saat Akhir Kerana Bapanya Jatuh Sakit – Fizo Omar

Hiburan

Mawar Terpaksa Pulang Pada Saat Akhir Kerana Bapanya Jatuh Sakit – Fizo Omar

Tidak membenarkan spekulasi rumahtangganya berantakan bertiup lebih kencang, Fizo Omar telah tampil menjelaskan mengapa dia dan isteri menyambut Hari Raya Aidilfitri secara berasingan. Menurut perancangan, mereka sekeluarga sepatutnya menyambut Syawal di Kota Bharu, Kelantan namun ayah Mawar tiba-tiba jatuh sakit menyebabkan isteri dan anaknya terpaksa pulang ke Pulau Pinang pada saat-saat akhir.
fizo mawarSelama 6 tahun bergelar suami isteri, ini adalah kali pertama Fizo dan Mawar menyambut hari raya secara berasingan.

Terang Fizo Omar:-

Advertisement

Kaki bapa mentua tiba-tiba terseliuh menyebabkan Mawar bimbang. Saya pula kebetulan sudah pulang ke Kota Bharu lebih awal, jadi mahu atau tidak, kami terpaksa menyambut 1 Syawal berasingan. Hubungan kami tiada masalah, malah semuanya berjalan seperti biasa. Cuma, perancangan kami untuk menyambut hari raya bersama tidak menjadi kenyataan disebabkan kejadian yang tidak diduga.

Memang rindu, tetapi apa boleh buat kerana semuanya sudah tertulis. Tiada apa yang perlu dibangkitkan kerana selepas ini, kami tetap bertemu semula apabila masing-masing pulang ke ibu kota

fizo mawar

Semoga dengan penerangan ini netizen boleh menarik nafas lega. Biasalah kadang-kadang kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Semoga Aidilfitri tahun depan mereka akan dapat beraya bersama-sama kembali. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...