Mawar Rashid Belum Sedia Timang Anak, Mahu Bermanja Sepuasnya Dengan Suami

Hiburan

Mawar Rashid Belum Sedia Timang Anak, Mahu Bermanja Sepuasnya Dengan Suami

Baru sahaja mendirikan rumah tangga selama enam bulan dan belum puas bermanja dengan suami tercinta, Raf Yakoob, pelakon Mawar Rashid buat masa ini tidak merancang untuk menimang cahaya mata.

Advertisement

Malah, pasangan ini belum berkesempatan untuk berbulan madu kerana terikat dengan komitmen kerjaya.

Tanggungjawab sebagai seorang ibu sangat besar jadi kami merancang tidak menambah bilangan ahli keluarga buat masa ini. Tambahan pula kami baru berkahwin jadi saya nak habiskan masa dengan suami terlebih dahulu.

Sejujurnya kami belum sempat lagi berbulan madu kalau ke luar negara pun kerana ikut suami atas urusan kerja. Tetapi kami ambil peluang juga bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama dan itu pun sebenarnya sudah memadai buat saya.

Bak kata pepatah, manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan segalanya.  Mawar memberitahu beliau tidak menolak seandainya diberikan rezeki untuk hamil dalam masa terdekat.

Biarlah Mawar manja sepuasnya dengan suami, nanti bila sudah ada anak sendiri pasti banyak perkara yang harus dilakukan sehingga masa bersama suami juga terhad. Lagipun Mawar ada dua orang anak tiri yang comel, bolehlah berkongsi kasih sayang dengan mereka.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...