“Mati-Matian Sarjan Taknak Tengok Dashcam” – Peniaga Kena Saman Walaupun Van Polis Yang Rempuh Kereta

Kehidupan

“Mati-Matian Sarjan Taknak Tengok Dashcam” – Peniaga Kena Saman Walaupun Van Polis Yang Rempuh Kereta

Baru-baru ini, tular satu tweet di platform Twitter yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa hairan mengenai tindakan pihak polis yang menyaman abangnya.

Dari ciapan yang dimuat naik, abang kepada pemilik tweeet itu telah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah van polis yang merempuh belakang kereta abangnya.

Advertisement

Difahamkan lebih lagi mengenai kisah yang dikongsikan, abangnya yang merupakan pemilik kenderaan Ford Ranger itu telah memperlahankan kereta dan memberi signal untuk menyeberang.

Bagaimanapun, tidak jauh sebelum tiba di garisan putus-putus, berlakunya satu dentuman yang kuat di belakang dan ia membuatkan Ford Ranger terbabit hilang kawalan lalu memasuki jalan di sebelah kanan.

Hal yang membuatkan pengguna itu berasa pelik apabila anggota polis itu menyaman abangnya pula, sedangkan kesalahan sememangnya dilakukan oleh anggota yang membawa kenderaan polis itu.

Lagi membuat gadis itu berasa geram, setelah tiba di balai polis Temerloh, Sarjan di sana berkeras tidak mahu melihat rakaman dashcam dari kereta abangnya. Sebaliknya, meminta abang gadis terbabit melawan kes terbabit di mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) "Acah Orang Putih" - Menari Terkinja-Kinja Di Tempat Awam, Netizen Suruh Sharifah Sakinah Jaga Adab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...