“Mati Bila-Bila Masa Bukan Sebab Vaksin”- A.Aida Artis Pertama Terima Pfizer-BioNTech

Hiburan

“Mati Bila-Bila Masa Bukan Sebab Vaksin”- A.Aida Artis Pertama Terima Pfizer-BioNTech

Penerbit drama terkenal, Datuk A.Aida dilaporkan telah menjadi artis pertama menerima vaksin COVID-19 dan memaklumkan tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang serius.

Menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech, A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang turut diberitahu pegawai perubatan yang di mungkin akan mengalami demam atau pening yang ringan selepas sehari menerima vaksin tersebut.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

Difahamkan juga, A.Aida berkelayakan untuk menerima suntikan fasa pertama itu di atas keanggotannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di mana dia memegang pangkat Leftenan Kolonel Bersekutu.

Ianya sekaligus menjadikan dirinya sebagai artis pertama negara ini yang menerima vaksin jenis itu di mana proses tersebut telah dijalankan di Dewan Sri Seroja, Putrajaya pada pagi Khamis lalu.

A.Aida turut memberitahu bahawa suntikan kedua akan diterima pada 6 Mei nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

Dia dalam pada itu sempat menyeru kepada orang ramai agar segera berdaftar dan mematuhi saranan kerajaan dalam usaha mencegah COVID-19 ini.

“Sekarang ini terlalu ramai orang yang anti-vaksin. Dalam keadaan COVID sekarang, kita sepatutnya kena patuhi saranan kerajaan. Suntikan tersebut merupakan salah satu untuk mencegah wabak tersebut. Jadi, janganlah rasa tak nak ambil vaksin. Tak perlu takut. Mati ini bila-bila masa bukannya disebabkan vaksin.” – Datuk A.Aida

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...