“Masuk Tandas Tengok Kencing Kuning Tak Pam..” Zarina Zainuddin Minta Masyarakat Jaga Tandas Awam

Hiburan

“Masuk Tandas Tengok Kencing Kuning Tak Pam..” Zarina Zainuddin Minta Masyarakat Jaga Tandas Awam

Pelakon berbakat, Zarina Zainuddin tampil meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan tandas awam.

Zarina Zainuddin
2 years ago

"Ya Allah Kenapa Aku Ketuk Dia.." - Zarina Zainuddin Kesal Bertindak Kasar Dengan Azil

Advertisement

Bukan sahaja golongan wanita, malah lelaki juga perlu mempunyai rasa prihatin kerana tandas awam merupakan kegunaan bersama.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Derita Untuk Bahagia itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Tulisnya lagi, dia berharap agar wanita di luar sana terutamanya yang datang haid agar lebih teliti ketika membersihkan diri dan keadaan tandas setelah digunakan.

Walaupun tandas awam tu orang perempuan jer masuk, tapi kau tu jagalah, jangan jadi pengotorlah. Masuk jer tandas tengok kencing kuning-kuning tak pam.

Turut memaparkan video dirinya mencuci tandas awam setelah digunakan, Zarina juga memberi sedikit tips berguna kepada masyarakat di luar sana.

Dia menyarankan agar pengguna tandas menyembur winyak wangi sebelum keluar dari tandas awam tersebut agar lebih wangi dan berbau harum serta menyenangkan pengguna seterusnya.

“Wangi macam mana pun berak kau busuk juga. Adoii tension aku lah kalau anak aku..anak aku yang OKU tu pun tahu pam tandaslah..” tulisnya kecewa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...