“Masing-Masing Ada Impian Untuk Dikejar..”- Eyka Farhana Enggan Lagi Kongsi Kisah Cinta Bersama Akhyar Rashid Di IG

Hiburan

“Masing-Masing Ada Impian Untuk Dikejar..”- Eyka Farhana Enggan Lagi Kongsi Kisah Cinta Bersama Akhyar Rashid Di IG

Pelakon jelita, Eyka Farhana katanya sudah enggan lagi berkongsi perihal kekasih hati, Akhyar Rashid di media sosial.

Ujar Eyka, rasanya sudah yang ramai tahu mengenai status hubungannya bersama pemian bola sepak kebangsaan dan Kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu.

Advertisement

Eyka Farhana & Nadia Aqilah
2 years ago

Eyka Farhana & Nadia Aqilah Akui Tidak Susah Cari Keserasian Bersama Untuk Dukun Diva

Jika dahulu pasti ada saja perkongsian Eyka bersama Akhyar di Instagram, kali ini pelakon Budak Tebing itu lebih selesa untuk tidak menghebahkan mengenai hubungan mereka.

Tak payahlah cerita tentang hal ini kerana rasanya semua orang dah tahu tentang hubungan kami. Kami masih berkawan seperti biasa. Dalam media sosial pun kalau saya rasa nak tunjuk, saya akan tunjuk.

Lebih selesa untuk tidak terlalu menonjol soal cinta, Eyka berkata dia dan kekasihnya itu mempunyai impian dan cita-cita untuk dikejar demi jaminan masa hadapan.

Ditanyakan mengenai soal mendirikan rumah tangga, Eyka memaklumkan bahawa dia tidak menolak jika ditakdirkan untuk bergelar isteri dalam masa terdekat ini.

Buat masa ini saya belum terfikir untuk ke fasa itu kerana mahu fokus karier, tapi jika takdir jodoh sampai awal, saya tidak menolak. Doakan yang baik-baik.

Perkembangan lain, Eyka kini muncul dalam drama bersiri berjudul Dukun Diva yang ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap hari Isnin jam 9 malam.

Dalam drama tersebut, Eyka membawa watak Lola iaitu seorang gadis tomboy dan berhati kering serta sebagai seorang anak yatim piatu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...