“Masih Teringat Arwah Abam…” – Ali Puteh Akui Rindu Arwah Abam Bocey

Hiburan

“Masih Teringat Arwah Abam…” – Ali Puteh Akui Rindu Arwah Abam Bocey

Peserta Muzikal Lawak Superstar, Ali Puteh mengatakan walaupun sudah setahun lebih Allahyarham Abam Bocey meninggalkannya, kehilanggannya masih memberi kesan di dalam hatinya.

Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32 mengatakan sepanjang program Muzikal Lawak Superstar dijalankan, dia seringkali terbayang-bayang akan kenangannya bersama arwah di atas pentas bersama.

Advertisement

Melalui temubual bersama Mstar Online, Ali berkata,

Secara zahirnya saya masih teringat dengan arwah Abam, sebab ini kali pertama dia tidak ada dalam pertandingan.

Tambahannya lagi,

Selalunya di belakang pentas kita akan berpeluk, dia akan bagi kata-kata semangat sebelum mulakan persembahan.

Kumpulan Viral yang dianggotai oleh Ali Puteh, Mamak Puteh dan Roy Azman diumumkan mendapat tempat ketiga di pertandigan Muzikal Lawak Superstar musim kedua pada 8 April lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...