Masih Belum Berpunya, Redza Rosli Dedah Tak Minat Bercinta

Hiburan

Masih Belum Berpunya, Redza Rosli Dedah Tak Minat Bercinta

Rasanya ramai selebriti yang terkesan kerana pendemik yang datang menyerang secara tiba-tiba ini. Pun begitu, Redza Rosli memanjatkan rasa syukur kerana rezekinya sebagai seorang pelakon hadir tanpa henti sepanjang tahun 2020.

redza rosli

Advertisement

Bahkan Redza mengakui bahawa dia tidak menang tangan untuk menerima pelbagai tawaran daripada telefilem sehinggalah ke drama bersiri. Namun lelaki tersebut menggunakan peluang keemasan ini untuk meluaskan pengalamannya dalam bidang seni.

“Awal tahun saya bermula dengan baik. Biarpun selepas itu semua berehat kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini kerjaya seni kembali bermula dan saya rancak mendapat pelbagai tawaran.”

Projek yang silih berganti membuktikan kepopularitian Redza apabila dia bakal memulakan rakaman lain sejurus selepas drama bersiri ‘Juliet’ yang bakal ditayangkan di RTM tamat penggambaran nanti.

Memang seronok apabila kerjaya berkembang hebat seperti ini tetapi pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai kisah peribadi Redza juga. Pun begitu, pelakon ini mengakui bahawa dia masih lagi belum berpunya.

“Saya sebenarnya tak minat sangat nak bercinta, sebab bukan senang saya nak suka terhadap seseorang perempuan.”

redza rosli

Bagi Redza proses untuk mengenali hati budi seseorang itu bakal membuang banyak masa. Malahan dia lebih senang ‘bercinta’ dengan keluarga sendiri berbanding dengan orang lain.

Walaubagaimanapun pelakon lelaki ini mengatakan bahawa dia tidak kisah siapa jodohnya pada masa hadapan kerana itu semua adalah ketentuan Allah.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...