“Masa Nak Saman Aku, Ada Pula Duit” – Zarina Anjoulie Perli Ogy Ahmad Daud

Hiburan

“Masa Nak Saman Aku, Ada Pula Duit” – Zarina Anjoulie Perli Ogy Ahmad Daud

Sejak beberapa hari ini, timbul cerita tidak enak mengenai pelakon veteran Ogy Ahmad Daud yang dikatakan telah melarikan diri daripada membayar kru dan pelakon yang terlibat dengan pementasan teater “Korupsi Dewan Semandung”.

teater korupsi dewan senandung

Advertisement

Selepas kisah itu didedahkan dan sampai ke telinga netizen, lebih mengejutkan apabila pelakon wanita itu telah membuat keputusan drastik untuk menyekat kesemua artis yang menjadi tonggak dalam pelaksanaan projek tersebut di laman Instagram.

Antara penggiat seni yang merasai tempiasnya ialah Khir Rahman, Man Raja Lawak, Mark Adam, Syura, Vicha dan ramai lagi pelakon lain.

ogy ahmad daud sekat instagram kru teater korupsi dewan senandung ogy ahmad daud sekat instagram kru teater korupsi dewan senandung ogy ahmad daud sekat instagram kru teater korupsi dewan senandung

Disebabkan oleh berita tersebut, Zarina Anjoulie atau pun Anju telah memuat naik satu video baru di laman media sosialnya bagi mengulas lanjut mengenai tindakan pelakon veteran itu yang lari daripada tanggungjawabnya.

Malahan dia mempersoalkan bagaimana Ogy Ahmad Daud beria mahu mengeluarkan saman kepadanya tak lama dahulu walhal tiada duit langsung untuk membayar kudrat yang ditaburkan oleh semua yang terlibat dengan teater “Korupsi Dewan Semandung”.

Bukan itu sahaja, Anju juga sempat memerli Azrul yang pernah ditangkap mengatanya bersama Ogy beberapa minggu lepas namun akhirnya ditikam belakang oleh pelakon wanita itu.

 

View this post on Instagram

 

Aku gelak tak habis padan muka padan muka padan muka ?

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Malahan bukan sahaja Anju tetapi rata-rata netizen menyelar tindakan tidak bertanggungjawab Ogy kerana menipu rakan-rakan artis yang membanting tulang bagi menjayakan pementasan teater yang dikelolakan olehnya itu.

Tak kurang juga, ramai yang ‘back-up’ Anju dan mengatakan bahawa ini adalah balasan kepada pelakon veteran tersebut kerana cuba menutup periuk nasi dan cuba mengeluarkan saman kepada wanita ini tidak lama dahulu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...