July 15th, 2020

Sering kali dilihat memegang watak antagonis pabila berada di kaca televisyen. Pelakon seksi Zila Bakarin kini mengakui sudah berhijab dan keinginan tersebut datang sendiri tanpa pendapat atau desakan daripada mana-mana pihak, malah menyatakan perkara tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika mahu mengambil anaknya pulang dari sekolah.

zila bakarin bertudung

Menurutnya, semasa mahu keluar daripada rumah, beliau seakan merasakan tiada Seurat benang langsung di badans edangkan ketika itu dirinya memakai pakaian yang agak tebal.

“Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang  dan terus pakai.”

Meskipun begitu, Zila turut berkongsi penglibatannya dalam program “Jom Celik Al-Quran” anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).

zila bakarin bertudung

Ujar Zila, program tersebut merupakan perkara yang tidak dirancang. Hal ini kerana, ia adalah bantuan daripada Adam Corrie, walaupun berasa takut untuk menerima tawaran MAIWP pada mulanya.

Untuk rekod, program ini merupakan salah satu tanggungjawab fardhu kifayah MAIWP dalam memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh dan mahir membaca Al-Quran sekurang-kurangnya bacaan surah yang menjadi rukun dalam solat.

Sumber: Gempak


7 responses to ““Masa Nak Ambik Anak Sekolah Saya Rasa Macam Tiada Seurat Benang Kat Badan” – Zila Bakarin Nekad Bertudung”

  1. SELEPAS INI, GAMBARMU YANG TANPA TUDUNG TERMASUK BERPAKAIAN SEKSI DAH BOLEH BUANG DAH..

  2. Zioe says:

    Semoga sejuk sentiasa….inshaAllah…semoga kuat,sabar,tabah….

  3. izan says:

    lagi cantik lepas berhijrah. moga istiqamah saudaraku

  4. Anonymous says:

    Alhamdulillah

  5. Anonymous says:

    Alhamdulillah…..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...