Written by Irsa | November 19th, 2019

Umum mengetahui bahawa penyanyi terkenal iaitu Mark Adam sebenarnya berasal daripada Cebu, Filipina.  Mula menetap di Malaysia sejak tahun 2001 dan kira-kira dua tahun selepas itu, dia telah nekad untuk memeluk agama Islam selain turut berkahwin dengan seorang wanita tempatan.

Usai usia lelaki ini mencecah 40 tahun, dia tidak segan untuk mengaku bahawa dia masih lagi bertatih dalam mempelajari Iqra. Baru-baru ini, dia telah memuat naik satu video di mana dia telah diajar oleh seorang ustaz membaca huruf hijaiyyah itu.

 

View this post on Instagram

 

Insyaallah Thank u Ustaz ???

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Menerusi sedutan video pendek itu, Mark mengucapkan terima kasih kerana mengajarnya mengaji selain dapat dilihat pengajar itu membetulkan kesalahan bacaannya.

Rata-rata netizen yang menonton video ini memuji usaha Mark untuk mendalami Iqra walaupun sudah menjangkau usia 40-an.

mark adam belajar iqra

Tak kurang juga, ada peminat yang mengharapkan agar penyanyi yang terkenal dengan lagu Marry Me ini istiqamah dalam perjuangannya mendalami ilmu agama selain berharap agar Allah meredhai usahanya itu.

Ada yang turut berharap dengan perkongsian Mark ini, ramai lagi yang mendapat mesej bahawa tidak terlambat lagi untuk belajar membaca Iqra dan juga al-Quran.

4 responses to Mark Adam Belajar Alif Ba Ta Pada Usia 40 Tahun, Netizen Puji Usahanya

  1. Peace says:

    Alhamdulillah.. tengok dari sudut baik. mngkin bagi kita org yg dilahirkan Islam, amek remeh.. tapi bagi dia yg asalnya bukan Islam, cenderung memperbaiki amalan, adalah sesuatu yg sangat baik,,jangan hitamkan hati menjatuh hukum..

    aihsays:
    November 19, 2019 at 3:13 pm
    Hanya kat Malaysia jer , suka agung2 kan orang lain dari negara lain… cer tanya negara asal dia kat Philipines tu… ada tak dorang layan rakyat Malaysia cam mana kita agung2kan dia, bagi dia rancangan macam2 lagi… stupid Malaysian yang support dia..

    for you to learn the iqra is a good move.. and i support that 100%… but the way malaysian treat you, i dont fancy about it..

    Cik/Encik Aih, ingat Malaysia ni bukan tanah kita saja. tapi untuk semua makhluk Allah carik rezki.. berbaik sangkalah.. :)

  2. aih says:

    Hanya kat Malaysia jer , suka agung2 kan orang lain dari negara lain… cer tanya negara asal dia kat Philipines tu… ada tak dorang layan rakyat Malaysia cam mana kita agung2kan dia, bagi dia rancangan macam2 lagi… stupid Malaysian yang support dia..

    for you to learn the iqra is a good move.. and i support that 100%… but the way malaysian treat you, i dont fancy about it..

  3. Makcik Cabai says:

    Alhamdulillah… Umur 40 tahun adalah penentu kita lebih ke arah Syurga atau ke Neraka.. Semoga Allah membimbing hang Mark Adam…

  4. vidalaknat says:

    Nak menunjuk sangat ke yg alim tu. Kenapa kena letak kat somed? Benda2 macam ni personal, tak yah nak heboh2 kat stu dunia

Tinggalkan Komen Anda Di Sini