Mana Nak Cari Produk Skincare Yang Best? Ini ‘Port’ Yang Ramai Tak Tahu

Hiburan

Mana Nak Cari Produk Skincare Yang Best? Ini ‘Port’ Yang Ramai Tak Tahu

Pelakon Ruhainies bukan saja berbakat dalam bidang lakonan tapi dia juga sangat aktif di media sosial. Selain selalu berkongsi tentang perkembangan terkini, peminat juga cukup suka bila melihat Ruhainies kongsikan gambar-gambar ‘ootd’ (outfit of the day) nya setiap hari.

mybeaute village

Advertisement

mybeaute village

mybeaute village

Walaupun bergaya simple tapi tetap nampak cantik! Tak kisah lah apa yang digayakan, Ruhainies pasti tak akan gagal menarik perhatian ramai. Kalau dalam gambar pun dah nampak cantik, apa lagi kalau jumpa depan-depan kan? Tapi bila pula nak dapat peluang jumpa Ruhainies? Hujung minggu ini adalah peluang terbaik untuk anda berjumpa Ruhainies dengan lebih dekat!

Pada 23 November 2019 ini, anda berpeluang berjumpa dengan Ruhainies di majlis pembukaan My Beaute Village di IOI Puchong Mall!

Ini lah masanya untuk anda bergambar bersama Ruhainies dan beramah mesra dengan lebih dekat. Bila lagi nak dapat peluang jumpa Ruhainies kalau bukan sekarang? Yang bestnya, bukan sahaja dapat jumpa dengan Ruhainies tapi ada banyak juga promosi dan diskaun menarik berlangsung sempena pembukaan terbaru My Beaute Village ni. Nak tahu ada apa yang menarik di sana?

My Beaute Village

mybeaute village

My Beaute Village merupakan sebuah pusat jualan produk kecantikan yang menawarkan lebih daripada 1000 produk kecantikan termasuk produk penjagaan wajah, penjagaan kulit, penjagaan rambut, penjagaan kuku, dan sebagainya.

Kalau anda nak tahu, segala produk kecantikan dari hujung rambut hingga hujung jari, ada dijual di My Beaute Village. Yang paling penting, semua produk ini 100% diimport dari luar negara seperti United Kingdom, Spain, Italy, Denmark, France, Switzerland, Turkey, Poland, Australia dan juga Korea. Jadi anda tak perlu risau kerana kualiti nya dijamin berkualiti tinggi!

Diskaun dan promosi menarik!

mybeaute village

1. Hadiah percuma + Baucer RM5
Khas untuk pengunjung terawal 22 hingga 24 November ini, anda akan menerima hadiah percuma dan baucer bernilai RM5. Caranya mudah saja, anda hanya perlu ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ laman Facebook dan Instagram My Beaute Village. Terhad untuk 300 pelanggan terawal sahaja.

mybeaute village

2. Hadiah dengan pembelian (GWP)
Pada 22 hingga 30 November ini, dengan pembelian minimum RM120 anda akan mendapat beg kanvas edisi khas bernilai RM59.90. Untuk pembelian minimum RM250 pula, beg kanvas edisi khas bernilai RM59.90 berserta baucer hadiah RM30 akan diberikan kepada anda. Sambil membeli, sambil dapat hadiah!

mybeaute village

3. Promosi
Ada banyak promosi dengan diskaun yang sangat murah ditawarkan. Contohnya Skinestica Eye Mask Instant Lifting/ Charcoal Bright dijual RM10 untuk 4 keping (harga asal RM8 sekeping). Nak tahu promosi lain? Rujuk je pada gambar di atas.

Selain Ruhainies, akan ada ‘KOL’ atau ‘Instafamous’ yang akan turut sama-sama memeriahkan majlis pembukaan kali ini. Antaranya ialah Syazzweena, Bellanxrddn, Izzahhnadhirah, Charlenewongsy dan Jovanying.

mybeaute village

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk hadir ke:

Majlis Pembukaan Rasmi
My Beaute Village
F51A & F52B, Tingkat 1 North Wing di IOI Puchong Mall
23 November 2019
Tetamu Jemputan: Nur Ruhainies

mybeaute village

Pelbagai tawaran menarik dan diskaun disediakan untuk pengunjung terawal, jadi jangan terlepas! Untuk majlis pembukaan ini juga, Ruhainies akan turut sama memeriahkan majlis sebagai tetamu jemputan. Jadi sambil membeli belah tu, boleh lah anda bergambar ‘ootd’ sama-sama dengan Ruhainies! Jangan lupa hebahkan pada rakan-rakan dan saudara mara anda tentang majlis pembukaan rasmi My Beaute Village di IOI Puchong Mall pada 23 November ini.

mybeaute village

Kalau anda nak dapatkan maklumat lanjut tentang My Beaute Village, boleh layari laman rasmi Facebook dan Instagram. Selamat membeli belah!

Sekitar majlis pembukaan rasmi My Beaute Village 

magicboo
magicboo
magicboo
magicboo
magicboo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...