“Mana Dorang Belajar” – Pasangan Suami Isteri Ini Terkejut Lihat Kanak-Kanak Buat Aksi Lucah Di Tempat Awam

Kehidupan

“Mana Dorang Belajar” – Pasangan Suami Isteri Ini Terkejut Lihat Kanak-Kanak Buat Aksi Lucah Di Tempat Awam

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi mengenai satu situasi yang dialaminya bersama isteri ketika berada di sebuah tempat permainan kanak-kanak.

Dalam hantaran itu, lelaki itu telah menyaksikan gelagat dua orang kanak-kanak yang difahamkan merupakan kakak dan abang sedang bermain di kawasan itu.

Advertisement
FacebookSumber : Facebook  

Kemudian, isteri lelaki itu telah ternampak si adik lelaki telah membawa kakaknya ke satu ruang yang sunyi sebelum melakukan aksi lucah.

Si adik yang tersedar dirinya diperhatikan kemudian terus lari bersembunyi di belakang tiang dan si kakak pula hampir menangis apabila diperlakukan sedemikan rupa.

Terkesima dengan perbuatan itu, isteri lelaki tersebut terus menghampiri si kakak dan menenangkan keadaan dan turut memanggil kanak-kanak lelaki yang melarikan diri untuk diberi nasihat.

Dakwa lelaki itu, ibu bapa kedua kanak-kanak tersebut tidak berada di kawasan permainan ketika kejadian itu berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut terkejut kerana tidak menyangka kanak-kanak kecil sudah memahami perlakuan dan perbuatan seks orang dewasa.

FacebookSumber : Facebook  

Rata-rata berpendapat penggunaan gajet seperti telefon bimbit juga mendorong kepada perlakuan kanak-kanak yang dikatakan terlebih ‘advance’ kala ini.

“Kadang-kadang budak tertengok aksi parents. So ibu bapa hati-hati la. Kalau ada anak-anak tidur sebilik tu avoid la. Tanpa sedar anak tertonton adegan tidak sepatutnya.” komen seorang netizen.

bayi 4 tahun pakai braces
2 years ago

“Itukan Gigi Susu..“ - Tular Video Bayi Dipakaikan ‘Braces’, Netizen Kecam Ibu Bapa Buat Demi ‘Content’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...