Man Raja Lawak Mahu Jual Kereta & Motosikal Bantu Golongan Susah

Hiburan

Man Raja Lawak Mahu Jual Kereta & Motosikal Bantu Golongan Susah

Selepas tampil menghulurkan sumbangan wang kemenangan MLM 2019 sebanyak RM50,000 bagi memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan ketika krisis COVID-19, Man Raja Lawak kini mahu menjual kereta dan motosikal miliknya demi membantu individu yang mempunyai masalah kewangan.

man raja lawak sumbang rm50 ribu bantu rakyat memerlukan

Advertisement

Menerusi akaun Instagramnya, pelawak ini bertanya andai ada pihak yang sudi membeli kedua-dua kenderaan secara tunai. Wang hasil jualan itu dapatlah menambahkan jumlah sumbangan kerana sejak semalam dia sudah menerima ribuan permohonan.

Menurut Man, mereka yang meminta bantuan perlu dibantu meskipun jumlah wang yang diminta adalah sedikit.

Ingin jual pada harga mampu milik

man raja lawak jual kereta dan motor bantu orang susah man raja lawak jual kereta dan motor bantu orang susah man raja lawak jual kereta dan motor bantu orang susah

Tiada masalah guna kereta Kancil asalkan dapat bantu orang susah

man raja lawak jual kereta dan motor bantu orang susah

Menjawab pertanyaan bagaimana dia ingin membawa isteri dan anak bersiar-siar selepas ini, Man berkata dia tidak mempunyai masalah untuk menggunakan kereta  Kancil selepas ini, asalkan dapat membantu golongan memerlukan.

Situasi kini adalah waktu yang sesuai untuk dia melakukan amal kebajikan membantu dan berusaha untuk ke syurga Allah.

Keperibadian dan keikhlasan hati Man memberikan satu makna yang begitu besar buat mereka yang sedang menghadapi kesusahan susulan krisis penularan COVID-19 yang melanda negara. Semoga segala urusan Man dipermudahkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...