Mampukah Hafiz Kekalkan Kedudukan Pertama Untuk Konsert Mania Minggu Ke 5?

Hiburan

Mampukah Hafiz Kekalkan Kedudukan Pertama Untuk Konsert Mania Minggu Ke 5?

Pada mulanya Abang Nara agak skeptikal dengan program realiti terbaru yang diberi nama Mania ini. Namun apabila konsert yang mengabungkan kesemua peserta minggu lepas, Abang Nara memang sangat teruja. Bukan senang untuk melihat penyanyi-penyanyi yang sudah memang dikenali mencabar diri sendiri untuk menjadi lebih baik di bawah tunjuk ajar M. Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito.

mania

Advertisement

Untuk anda yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu, konsert Mania disiarkan di Astro Ria (104) pada setiap hari Sabtu jam 9 malam. Antara penyanyi-penyanyi yang bertarung di atas pentas Mania ialah Hazama, Shila Amzah, Estranged, Atilia dan ramai lagi. Namun feveret Abang Nara tetap si Awan Nano, Hafiz.

mania

Minggu kelima Sabtu ini bakal menyaksikan lagu-lagu yang sangat menarik dan mencabar akan dinyanyikan oleh peserta Mania. Abang Nara paling tak sabar nak saksikan kumpulan Kristal menyanyikan lagu Di Ambang Wati. Lagu feveret zaman muda-muda dulu tue. Tapi bagi Abang Nara, kumpulan Estranged mendapat lagu yang paling mencabar iaitu lagu Rolling In The Deep nyanyian asal oleh Adele.

mania

Jadi kalau anda tak ada buat apa-apa di malam Sabtu, pastikan anda melekat di depan TV untuk menonton Mania pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (104). Setakat ini, Hafiz masih mengungguli carta undian. Namun daripada apa yang Abang Nara dengar, peminat-peminat Shila Amzah sudah mula bangkit untuk mengundi penyanyi kegemaran mereka. Adakah takhta Hafiz akan dirampas oleh Shila Amzah minggu ini?

mania

Kalau anda persoalan atau ingin meluahkan pendapat anda tentang Mania, boleh layari laman web Mania atau follow Twitter Mania.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...