Malaysia Ke Final AFF Suzuki Cup, Che Ta Mahu Pakai Gaun Ke Stadium

Hiburan

Malaysia Ke Final AFF Suzuki Cup, Che Ta Mahu Pakai Gaun Ke Stadium

Semalam merupakan hari yang penuh debaran tetapi pada masa yang sama membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia apabila akhirnya pasukan Harimau Malaya berjaya mara ke final Piala AFF Suzuki  2018 selepas mereka bermain mati-matian menentang pasukan Thailand.

Advertisement

Turut merasa gembira dan meraikan kejayaan tersebut adalah keluarga Rozita Che Wan. Mahu mencetuskan kelainan pada perlawanan akhir nanti, Che Ta nampaknya bakal membuat kejutan dengan mengenakan gaun yang cukup memukau ke stadium nanti.

Rata-rata netizen sudah tidak sabar untuk melihat penampilan Che Ta dan mencadangkan agar beliau memakai gaun dengan warna tema kuning hitam seperti warna rasmi pasukan Harimau Malaya.

Terdahulu, penampilan Che Ta yang bergaya sakan ke stadium kekal dengan imej berkasut tumit tinggi serta solekan tebal lengkap dengan bulu mata palsu dan beg tangan mewah menjadi perhatian netizen. Kata mereka, Che Ta memang seorang yang berani dalam bergaya tidak kira dimana sahaja beliau berada, yang penting tetap nampak cantik dan anggun.

Sumber Berita : Anas Zahrin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...