Makrifat Cinta, Sebuah Filem Yang Pasti Akan Meruntun Jiwa Anda

Hiburan

Makrifat Cinta, Sebuah Filem Yang Pasti Akan Meruntun Jiwa Anda

Setelah sekian lama menanti, filem Makrifat Cinta yang dibintangi oleh Syamsul Yusof, Nabila Huda, Nora Danish, Adi Putra dan Puteri Balqis telah pun mula ditayangkan di pawagam bermula 1 Februari lalu.

makrifat cinta
Merupakan sebuah filem arahan Kamal G, Makrifat Cinta mengisahkan seorang lelaki bernama Mahathir (Syamsul Yusof) yang bergelumang dengan masalah yang dialaminya dalam membina sebuah mahligai cinta yang sejati dan berdepan dengan tanggungjawab sebagai seorang suami. Mahathir berusaha keras mencari nafkah untuk keluarganya, namun sering ditimpa masalah tanpa henti dan sikap isterinya yang tidak memahami menyebabkan Mahathir sering tertekan.

Advertisement

Apa yang menariknya tentang Makrifat Cinta ini ialah ia adalah berdasarkan kisah benar yang telah dialami oleh sahabat pengarah filem ini. Filem yang bertunjangkan kisah benar seringkali menyentuh perasaan, meruntun jiwa dan mampu membuatkan hati kita tersentuh. Ternyata filem Makrifat Cinta mempunyai kesemua kualiti itu, terutamanya daripada segi lakonan yang amat mantap daripada pelakon-pelakon gred A di dalamnya.

Yang paling mengujakan ialah ini adalah filem lakonan pertama Syamsul Yusof yang menampilkan dirinya bukan sebagai seorang gangster ataupun ustaz. Memang terkejut juga melihat lakonan mantap dan padu Syamsul Yusof sebagai seorang ayah yang berusaha mencari kebahagiaan buat keluarganya. Kita akan turut sama tenggelam di dalam emosi yang ditunjukkan oleh Syamsul sepanjang filem ini. Memang berkesan dan mendalam sungguh penghayatannya.

makrifat cinta

Adi Putra juga telah menampilkan sisi lakonan yang lain daripada lain dengan memegang watak Rizal iaitu seorang seorang penagih dadah dan kaki judi. Apa-apa pun jom kita saksikan trailer filem Makrifat Cinta ini:-

Mantap kan? Filem Makrifat Cinta sememangnya sebuah filem yang akan meruntun jiwa sesiapa yang menontonnya. Jadi marilah ramai-ramai kita ke panggung wayang untuk memberi sokongan kepada filem tempatan yang berkualiti sebegini. Sekali lagi diingatkan, filem Makrifat Cinta ini telah mula ditayangkan bermula 1 Februari. Sama-sama kita serbu!!! Selamat menonton!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...