“Mak Pulak Kena Tanggung Dia” – Anak Kongsi Bapa Keluar Tabligh 40 Hari Tapi Langsung Tak Beri Nafkah

Kehidupan

“Mak Pulak Kena Tanggung Dia” – Anak Kongsi Bapa Keluar Tabligh 40 Hari Tapi Langsung Tak Beri Nafkah

Menyertai tabligh untuk berdakwah dan mencari ilmu agama merupakan satu perkara yang sangat baik dalam membantu kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Namun, harus diingatkan bahawa mereka yang menyertai tabligh perlulah menyempurnakan tanggungjawabnya dengan meninggalkan nafkah buat ahli keluarga sepanjang ketiadaan mereka di rumah.

Advertisement

Tular di aplikasi Twitter pendedahan seorang anak tentang bapanya yang selalu culas dalam menjalankan tanggungjawab setiap kali keluar menyertai tabligh.

Selalu keluar 40 hari tinggalkan kitorang tanpa nafkah. Dah lah takde kerja tetap. Mak saya pulak yang kena tanggung dia.”

Jelasnya lagi, rakan-rakan bapanya kerap datang ke rumah dan akan menyindir jika bapanya menolak untuk sertai program 40 hari tabligh mereka itu.

Perkongsian individu tidak didedahkan identitinya itu meraih perhatian ramai warganet di Twitter di mana mereka meluahkan pendapat masing-masing tentang isu lelaki yang sertai tabligh tetapi tidak jalankan tanggungjawab.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tabligh
4 bulan lalu

Suami Ikut Tabligh Berbulan-Bulan Guna Duit Bisnes Isteri Tapi Tak Tinggalkan Nafkah, Siap Suruh Gadai Emas!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    October 5, 2022 at 12:49 pm

    Nak kerjakan ibadah yg sunnah sampai tinggalkan ibadah yg wajib? Soal nafkah wajib ke atas anak isteri pun tak lepas, tak payahlah nak keluar 40hari bagai. Konon nak menyampaikan ilmu, tapi ilmu sebagai ketua rumahtangga pun tak lepas. Memalukan!!!

  2. Anonymous

    October 5, 2022 at 8:37 am

    Bapa ko yg bermasalah dik. Bkan tabligh.. kwn² dia pun jahil jgk dik..tu yg bjangkit tu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...