Majlis Resepsi Perkahwinan #FattZura Bertemakan ‘Fairy Tale’

Majlis Resepsi Perkahwinan #FattZura Bertemakan ‘Fairy Tale’

Malam ini berlangsung majlis resepsi perkahwinan pasangan sensasi Fazura dan Fattah Amin bertemakan ‘fairy tale avant-garde’ di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Ia memang bertepatan sekali apabila kita fikirkan bahawa keduanya tidak rapat sebelum bergandingan dalam drama ‘Hero Seorang Cinderella’ arahan Michael Ang sebelum keduanya bercinta dan mengambil keputusan untuk berkahwin setelah beberapa bulan.

Ianya tidak ubah seperti kisah dongeng, bukan? Tambahan keduanya mula bercinta setelah berlakon dalam drama berkaitan Cinderella.

Advertisement


Buat mereka yang menantikan majlis ini, di sini penulis sertakan beberapa gambar dari majlis ini yang sedang berlangsung. Dekorasi majlis ini ialah ilham Reka Temor. Dewan sudah mula dipenuhi tetamu, dengan pelamin berbentuk istana yang istimewa telah disiapkan untuk majlis resepsi ini.

Terdapat panel yang dicetak gambar pasca-perkahwinan Fazura dan Fattah yang diambil khusus buat mereka yang ingin bergambar, dengan pilihan menu yang dinamakan dengan menaik, serta door gift berbentuk pedati dalam kisah Cinderella.

Kumpulan Ruffedge akan membuat persembahan menghiburkan penonton malam ini.

Begitulah tema, hiasan dan dekorasi bagi majlis ini. Buat masa ini pengantin masih belum muncul di majlis, penulis akan kemaskini gambar-gambar resepsi dalam entri seterusnya. Tunggu! – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...