Written by Bella | March 18th, 2019

Aktor Zul Ariffin tidak dinafikan digilai ramai wanita diluar sana. Bukan sahaja mempunyai wajah yang kacak serta berbadan sasa, popularitinya juga tiada tandingan dan dilabelkan sebagai pelakon gred A.

Namun, disebalik kejayaan dalam kerjaya, Zul sudah beberapa kali gagal dalam percintaan. Bagaimanapun, ia tidak bermakna beliau berputus asa untuk memiliki keluarga sendiri satu hari nanti, bahkan sudah memasang angan-angan untuk melangsungkan majlis akad nikah di Tanah Suci Makkah atau Madinah.

Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah. Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh.

Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang. Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama.

Zul akui beliau tidak mahu lagi terlalu merancang soal jodoh. Kalau boleh,  beliau mahukan gadis biasa sebagai seorang isteri yang dapat menjaga beliau sebaiknya.

Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi. Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya. Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan.

Jodoh setiap orang sudah ditentukan. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Pastinya satu hari nanti Zul akan bertemu juga dengan suri hidupnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

52 responses to Mahukan Gadis Biasa, Bakal Isteri Menjaga Kerjaya Saya Bukan Menjahanamkan – Zul Ariffin

  1. tipahhhhh says:

    Oh ko jahanamkan anak perempuan orang boleh? Peh siap berangan nak nikah kat mekah, padahal diri sendiri peel pun xsemenggah. Ni jenis jantan yg time nak sedap mulut manis tapi tang komitment layan pompuan mcm baju buruk. Xguna ni buat laki, buat sakit ati aje… POYO

  2. Anonymous says:

    POYO LAH KO!

  3. Anyn says:

    Nikah la atas roket pun kalau x ikut islam sebenar, kucar kacir jgk hidup kt dunia ni.
    Dunia x dpt,akhirat ntah ke mana

  4. anon says:

    perangai kau pun macam JAHANAM
    ada hati nak cari BAKAL ISTERI yang tak jahanam kan kerjaya ????????????
    POYO ! acah2 HOT ! muahkakakakkakakaka

  5. wekkkkkkk says:

    saya ada ciri2 tersebut..wasap me 018-1116668.