Mahu Lengkapkan Profil Seni, Maya Karin Cuba Bawa Watak Puteri Santubong

Hiburan

Mahu Lengkapkan Profil Seni, Maya Karin Cuba Bawa Watak Puteri Santubong

Pelakon popular Maya Karin ditawarkan memegang watak Puteri Santubong, dia mengambil masa untuk memikirkan sejauh mana kemampuannya untuk mendalami karakter Ratu Sarawak dari ‘kayangan’ itu.

Maya Karin
3 years ago

Tiga Tahun Terpisah, Maya Karin Rindukan Keluarga Di London

Advertisement

Maya, 41, berkata selama ini dia hanya sering mendengar kisah klasik Puteri Santubong, namun, tidak pernah pula dia mendalami sepenuhnya kandungan naskhah itu.

Maya Karin

 

Pelakon berdarah kacukan Melayu – Jerman itu bagaimanapun memikirkan tawaran berkenaan akan membantu melengkapkan profil seninya, lalu menyatakan persetujuan.

Pementasan teater muzikal Puteri Santubong The Warrior Princess secara jujurnya satu tugas yang berat, namun, bakal menawarkannya pengalaman dan ilmu baharu buat saya.

Tawaran yang diberikan kepadanya itu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi dimensi baharu dalam kerjayanya sebagai anak seni.

Maya yang terkenal menerusi watak ‘hantu’ dalam siri filem Pontianak Harum Sundal Malam itu akui teruja dengan watak Puteri Santubong, namun, dalam masa sama, terselit kebimbangan mampukah dia membawa watak itu.

Pelbagai perasaan bermain di fikiran, tapi dengan komitmen dan sokongan penganjur yang memberikan saya keyakinan untuk merealisasikan watak Puteri Santubong di pentas nanti

Teater muzikal Puteri Santubong The Warrior Princess itu akan dipentaskan pada 11 dan 12 Disember oleh Kampung Budaya Sarawak yang ditaja Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...