Mahu Gembirakan Orang Tersayang Yang Telah Dijemput Ilahi? Ini Antara Kebaikan Yang Anda Boleh Buat

Kehidupan

Mahu Gembirakan Orang Tersayang Yang Telah Dijemput Ilahi? Ini Antara Kebaikan Yang Anda Boleh Buat

Setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya satu hari nanti, jadi sepanjang kita hidup di dunia ini banyakkan kebaikan yang dilakukan oleh kita agar ada ‘bekal’ untuk dibawa di Hari Akhirat kelak.

Akan tetapi, mati bukanlah pemutus hubungan dengan mereka yang masih hidup, bahkan boleh saja si hidup menyalurkan kebaikan-kebaikan mereka buat yang sudah dijemput ilahi dan antaranya adalah:

Advertisement

1. Mendoakan mereka yang telah pergi dengan doa pengampunan dan rahmat.

berdoa

Tentang doa buat orang yang telah meninggal dunia, para ulama’ berkata ia akan sampai manfaatnya buat si mati, jadi doalah dengan bahasa yang mudah agar doa akan lebih tulus.

2. Menghadiahi pahala bacaan Al-Qurán kepada yang telah meninggal.

membaca Al-Quran

Perkara ini khilaf dalam kalangan para ulama’, namun mengikut ulama’ mutaakhirin mazhab Asy-Syafi’iy, serta ulama’ mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat pahala itu akan didapati buat pembaca dan juga sampai ke si mati jika pembaca berniat untuk hadiahkan bacaan Al-Quran terbabit.

3. Mengeluarkan sadaqah dan berwaqaf.

bersedekah

Apabila anda mengeluarkan sadaqah atau berwaqaf, buatlah atas nama si mati dan niatkan pahala itu buat mereka kerana hal ini juga dapat mendatangkan kebaikan untuk yang telah pergi.

4. Sebut kebaikan yang pernah dilakukan si mati.

kata yang baik-baik

Menyebut-nyebut kebaikan yang pernah dilakukan oleh si mati agar ia dapat mendorong orang ramai untuk terus mendoakan kebaikan, rahmat serta keampunan buatnya.

5. Melakukan haji ganti (badal).

buat haji

Anda boleh melakukan haji ganti iaitu badal bagi pihak si mati seandainya mereka belum sempat melakukan ibadah tersebut semasa hidup.

6. Manfaatkan pakaian dan barang peribadi.

derma pakaian

Dengan memanfaatkan pakaian dan barang peribadi buat yang telah pergi atas tujuan ibadah serta kebaikan, ia dapat memanjangkan pahala buat mereka.

7. Langsaikan hutang-piutang.

langsaikan hutang

Membereskan hutang-piutang sebagai pihak si mati agar memudahkan urusannya ‘di sana’, biarpun anda bukan waris si mati yang dipertanggungjawabkan untuk melangsaikan perkara tersebut.

8. Gantikan puasa.

ganti puasa

Hal menggantikan ibadah puas buat si mati perlu disegerakan jika masih ada hari puasa mereka yang belum dibereskan.

2 years ago

Umat Islam Dibenarkan Mengerjakan Umrah Mulai 8 Februari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...