“Mahalnye..” – Potong Rambut Lelaki Caj RM500, Netizen Terkejut Harga Servis Di Salun Mewah Ini

Kehidupan

“Mahalnye..” – Potong Rambut Lelaki Caj RM500, Netizen Terkejut Harga Servis Di Salun Mewah Ini

Bukan sahaja wanita yang nak terlihat cantik di hari lebaran, kaum lelaki juga tidak melepaskan peluang untuk kelihatan segak dan kemas di pagi raya kan?

Satu perkongsian TikTok oleh @syahmi.hariz ada memuat naik video memperlihatkan dirinya sedang berdandan dengan menggunting rambut di sebuah salun mewah dipercayai di Truefitt & Hill Malaysia.

Advertisement

Salun mewah itu sebelum ini pernah menjadi tular kerana hiasan dalamannya yang menyerupai filem Kingsman selain harganya yang agak mahal.

Mempunyai kelas tersendiri, salun rambut tersebut didakwa mengenakan caj sekitar RM500 untuk pakej lengkap dan layanan yang diberikan juga sangat selesa dan mewah, berpatutan dengan harga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja melihat servis yang ditawarkan oleh salun berkenaan dan menganggap tidak mengapa untuk sekali sekala membelanjakan sejumlah wang yang banyak bagi memanjakan diri sendiri.

tiktokSumber : TikTok  

Pilihan sendiri kan, janji tak pakai duit orang lain!

penyewa dari neraka
7 bulan lalu

“Laki Bini Helokk Tapi..." - Lambat Bayar Sewa, Tuan Rumah Pening Penyewa Boleh Hidup Dengan Ulat Sampah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...