“Macam Tak Tua Langsung..” – Kekal Awet Muda Pada Usia 40an, Ramai Puji Kecantikan Sarimah Ibrahim

Hiburan

“Macam Tak Tua Langsung..” – Kekal Awet Muda Pada Usia 40an, Ramai Puji Kecantikan Sarimah Ibrahim

Malam tadi, konsert minggu kedua program Gegar Vaganza Musim ke-9 2022 (GV9) telah berlangsung dengan tema ‘Malar Segar Mekar Membara’.

Apa yang menarik perhatian orang ramai ialah persembahan pembukaan pada malam itu yang menampilkan pengacara tetap Elly Mazlein dan kemunculan istimewa penyanyi, Yang Mulia Che Puan Sarimah Binti Ibrahim.

Advertisement

Menerusi potongan video yang dimuat oleh Astro Gempak, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina PomPom berduet bersama Sarimah Ibrahim menerusi lagu Kini Kau Tiada.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya meyifatkan kemunculan Sarimah lebih memeriahkan pentas.

Tapi malam ni kedatangan Sarimah memang gempak lah. – Netzien.

Sarimah memeriahkan stage tak kaku,” tulis seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga penonton yang memuji kecantikan dimiliki pencara The Sarimah Show itu walaupun sudah mencecah usia 42 tahun.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang berseloroh mengatakan Sarimah seperti Vampire kerana seakan tidak menua langsung dan kekal awet muda sehingga sekarang.

Vampire ke apa dia ni. – Warganet.

Lawa gila weh. Macam tak tua langsung,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Berani Mati Kau Ni!" - Guna Suara Sajat Dalam Sketsa, Kumpulan UBI Kena 'Sound'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...