“Macam Projek 5K Je” – JKR Miri ‘Update’ Jeti Kayu Siap Dibina, Netizen Persoal Kos Sampai RM50,000

Kehidupan

“Macam Projek 5K Je” – JKR Miri ‘Update’ Jeti Kayu Siap Dibina, Netizen Persoal Kos Sampai RM50,000

‘Posting’ Jabatan Kerja Raya Miri di Facebook baru-baru ini tentang jeti di Kampung Mutap mendapat perhatian ramai warganet.

Perkongsian itu adalah tentang majlis penyerahan jeti kayu yang sudah siap dibina itu. Namun apa yang membuatkan ia menarik perhatian adalah kerana kos yang dibelanjakan.

Advertisement

Rata-rata warganet mempersoalkan jeti tersebut dengan kos projek itu yang berjumlah RM50,000. Bukan hanya di Facebook tetapi di Twitter juga ramai turut mempersoalkan perkara yang sama.

Menurut netizen, jeti berukuran 1 meter lebar dan 15 meter panjang itu seperti tidak boleh tahan lama. Malah ada seorang individu berkata jika jeti itu rosak dalam tempoh 2 ke 3 tahun, ia bermakna mereka menggunakan kualiti bahan yang tidak bagus.

Jeti yang menelan kos sehingga 5 angka itu adalah untuk menggantikan yang lama dan dilaporkan mengambil masa sehingga hampir sebulan.

Dengan siapnya jeti ini, ianya akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu untuk menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke Pasar Bekenu.”

‘Posting’ ini mendapat respon negatif dan netizen masing-masing meluahkan rasa kurang senang mereka dengan kos yang terlalu mahal namun hasilnya ‘tidak seberapa’.

hospital
2 years ago

"Nak Pergi Tandas Pun Takut" - Penempatan Kuarantin Daif, Wanita Gesa KKM Perbaiki Fasiliti Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...