“Macam Pelik Kan” – Ibu Ragu Petugas PPV Cuai, Didakwa Cucuk Jarum Lain?

Kehidupan

“Macam Pelik Kan” – Ibu Ragu Petugas PPV Cuai, Didakwa Cucuk Jarum Lain?

Isu membabitkan kecuaian petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sering didengari apabila ada sesetengah mereka yang cuai dengan memberi suntikan vaksin kosong.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video yang dirakam oleh seorang ibu yang mendakwa petugas menukar picagari yang berisi vaksin dengan picagari kosong ketika memberi suntikan kepada anaknya.

Advertisement

Menerusi video tersebut, petugas itu dilihat melakukan prosedur seperti biasa iaitu menunjukkan picagari berisi vaksin kepada ibu bapa.

ppv

Namun ketika suntikan, petugas mengambil picagari lain dan malah didakwa langsung tidak menekan bahagian hujung picagari itu.

Meninjau diruangan komen, video tersebut telah menimbulkan tanda tanya kepada para netizen yang turut melihat sendiri petugas salah ambil jarum dan tidak menekan picagari dalam video berkenaan.

“Cuai atau sengaja? tunjuk jarum lain ada isi, time nak cucuk, jarum lain pulak diambilnya,” tulis seorang netizen.

“Cucuk pun tak tekan tu nampak sangat sengaja je,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

budak spm 'attack' resort
2 years ago

"Aku Gagal Sebab Kau!" - Tak Dapat Jawab Masa 'Listening Test' Punca Sebuah Resort Diserang Calon SPM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...