Macam Mana Saya Boleh Masuk Dalam Industri Kalau Tiada Bakat- Haneesya Hanee

Hiburan

Macam Mana Saya Boleh Masuk Dalam Industri Kalau Tiada Bakat- Haneesya Hanee

Sehingga hari ini, ramai yang masih tidak berpuas hati dan mempertikaikan kemenangan Haneesya Hanee sebagai Artis Baharu Wanita Popular di ABPBH 32. Apa agaknya pencapaian gadis berusia 19 tahun itu yang boleh dibanggakan sedangkan banyak lagi artis lain di luar sana yang lebih layak untuk menerima anugerah tersebut.

haneesya hanee

Advertisement

Pelbagai kecaman yang diterima oleh Haneesya termasuklah berkaitan isu warna kulit.  Terbaru, menerusi akaun Twitter Haneesya memuat naik paparan komen serta foto seorang lelaki menggelarkannya sebagai ‘Haneesya Hitam‘.

haneesya hanee tiada bakat

Bagaimanapun, tindakannya itu sekali lagi mengundang kecaman netizen. Rata-rata netizen berpendapat Haneesya tidak sepatutnya terus melayan provokasi warganet sekiranya hendak kekal lama dalam industri. Janganlah terlalu hendak meraih perhatian.

Excuse Me? Tiada Bakat?

haneesya hanee

Tidak hanya berdiam diri, Haneesya tampil membalas komen netizen tersebut. Jika benar dia tidak mempunyai bakat, macam mana boleh berada dalam industri hiburan.

“Berlagaknya ‘reply’, tak nak terima

teguran”

haneesya hanee dikecam

“Bakat apa yang ada? Hanya publisiti murahan”

haneesya hanee tiada bakathaneesya hanee

“Sejak menang anugerah, semakin angkuh”

Ada kalanya lebih baik untuk berdiam diri daripada layan segala provokasi dan kecaman. Biasalah netizen ini kalau dilayan memang akan menjadi-jadi, cuba untuk tidak cepat melatah. Janganlah sampai ramai orang mula rasa meluat disebabkan perbuatan dan kata-kata anda sendiri, harus sentiasa merendah diri.

Sumber Berita : Forum CARI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...