“Macam ini Yang TV Patut Jemput” – Terjun Selamatkan Mangsa Kereta Terbabas Dalam Tali Air, Lelaki Ini Raih Perhatian Ramai

Kehidupan

“Macam ini Yang TV Patut Jemput” – Terjun Selamatkan Mangsa Kereta Terbabas Dalam Tali Air, Lelaki Ini Raih Perhatian Ramai

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki maut terperangkap dalam kereta ibunya yang terbabas ke dalam tali air di Kilometer 32 Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap berhampiran Kampung Bukit Chawi.

Menurut laporan Harian Metro, kereta jenis Honda City dipandu ibu mangsa gagal dikawal kemudiannya melanggar besi kunci air sebelum terjunam masuk ke dalam tali air.

Advertisement

Susulan kejadian, Tular di aplikasi TikTok video memaparkan seorang pemuda yang merupakan saksi kejadian telah menceritakan kejadian sebenar sewaktu dia menyelamatkan mangsa.

lemas

Inilah anak muda yang menjadi hero, sanggup terjun ke dalam air yang dalam dan sangat deras demi menyelamatkan 2 nyawa.

Menurutnya, dia yang kebetulan lalu di tempat kejadian nekad terjun ke dalam tali air selepas melihat dua beranak itu terkapai-kapai namun gagal menyelamatkan seorang lagi mangsa akibat air keruh dan kereta mangsa sudah tenggelam.

@princessjagung

Reply to @mummyamin8 Allah hadirkan pemuda ini di tempat dan waktu yg tepat. Keberanian dia utk terjun menyelamatkan dua nyawa sgt terpuji. Air mmg sgt deras, bomba yg menyelam smlm pun hampir hanyut. Org Pasir Salak mmg sgt berani. awk hebat dik…terima kasih, jasa awk sgt besar

? original sound – PrincessJagung – PrincessJagung

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memuji tindakan murni lelaki itu yang sanggup membahayakan dirinya untuk menyelamatkan orang lain.

Kerajaan sila berikan kepada pemuda ni pingat jasa keberanian. – Netizen.

Terima kasih kepada hero ini.. TV boleh panggil orang ni, bukan akak yang maki orang tu.. semoga rezeki banyak untuk adik ni.. beraninya dia,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuhada
2 years ago

(VIDEO) "Jangan Ulang Sikap Sama.." - Sering Jadi Mangsa Panas Baran Suami, Wanita Lega Diceraikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...