Luah Rasa Rindu, Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Hangat Bercinta?

Hiburan

Luah Rasa Rindu, Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Hangat Bercinta?

Keserasian gandingan Kamal Adli dan Uqash Senrose di dalam drama dan juga di luar set penggambaran membuatkan ramai peminat ingin melihat mereka bercinta. Malah, mereka juga sangat mesra dan ‘sweet’ bersama, pendek kata sama cantik dan sama padan.

uqasha senrose kamal adli

Advertisement

Pada awalnya, sebelum ini kedua-duanya menafikan mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, ‘posting’ terbaru Kamal di akaun Instagramnya yang memuat naik foto mesra bersama Uqasha dengan luahan rasa rindu terhadap pelakon wanita itu mencuri perhatian orang ramai. Adakah ini bermakna cinta sudah berputik dalam hati mereka?

kamal adli uqasha senrose

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat “merestui’ hubungan mereka, memuji betapa Kamal dan Uqasha sangat sesuai bersama.

uqasha senrose kamal adli bercinta uqasha senrose kamal adli bercinta kamal adli uqasha senrose

Nampaknya #Uqamal is back. Apa salahnya kalau bercinta, kedua-duanya masih solo. Bak kata peminat, sepadan sebagai pasangan kekasih. Ehem, harapnya adalah pengumuman gembira nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...