May 18th, 2020

Menjadi suatu dilema yang besar bagi seorang selebriti sekiranya gambar lama sebelum berhijrah masih lagi berterbangan di serata media sosial.

Sama juga dengan pelakon Lisdawati yang senantiasa berdoa supaya cerita lampau mengenainya ketika belum berhijab dan berhijrah terus tersebar secara berleluasa.

Bahkan, wanita ini mendedahkan bahawa dia telah membakar dan membuang banyak gambar-gambar lama yang mendedahkan dirinya sedemikian rupa. Lisdawati berkongsi luahan hati tersebut menerusi laman Instagramnya.

lisdawati padam gambar lama

Pun begitu, sepertinya dia tidak dapat lari daripada kisah lama apabila ada sahaja keratan gambar lama yang masih wujud walaupun banyak yang sudah dihapuskannya.

“Banyak gambar lama yang saya sudah buang dan bakar. Tiba-tiba terkeluar keratan ini. Masih ada lagi yang terselit.”

Malahan Lisdawati turut memohon agar peminat supaya berhenti menyebarkan gambar lamanya. Katanya lagi, diharapkan mereka hanya simpan sahaja gambar berkenaan dan kalau mahu menyiarkan kepada tontonan umum, mestilah diconteng terlebih dahulu untuk menutup apa yang patut.

lisdawati padam gambar lama

Pelakon ini juga turut berkata bahawa sekiranya mampu, dia mahu memadam kesemua gambar dan video yang menonjolkan auratnya.

“Kalau mampu nak saja saya padam semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Setiap berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan.”

Mula mengenakan tudung pada 2013, Lisdawati hanya mampu berdoa agar segala dosa lamanya diampuni Allah SWT.

Sumber: Instagram


3 responses to “Lisdawati Dedah Saban Hari Berdoa Agar Gambar Sebelum Bertudung Tidak Disiarkan”

  1. Ustaz Texas Chicken says:

    Kalau tudung labuh mana pun tapi tak ubah perangai dan minda pun tak boleh pakai. Tudung tu bukan passport masuk syurga. Banyak yg buat problem tu selalunye minah yg pakai tudung.

  2. Minah says:

    Alhamdulillah dia dh sedar..selagi Ada gambar yg tidak bertudung Di lihat bukan mahram.tetap dapat dosa.sbb Tu dia cakap camni..Artis lain Masih bangga tayang asset..

  3. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    takpe lah ape salah nya yang dh lepas tu biar lah berlalu jangan di ingat2 lagi..kalau dorang siarkn wajah yg belun bertudung itu mungkin secara kebetolan saja jangan ingat ape2…teruskn niat bertudung tu..

Leave a Reply to Ustaz Texas Chicken Cancel reply

Loading...